Thursday, August 25, 2011

Ahhhh..

Petang semalam, nyaris sakit jantung. Sebab Ammar Aiman. Dia buat aku menangis lagi. Hari tu, sebab dia jatuhkan tin susu atas kaki sampai berdarah. Menangis sebab sakit, okey, bukan sebab marah dia, sebab dia budak kecik, main hentam je semua benda nak capai.






Ya Allah..sumpah aku menangis macam dah nak teresak. Aku salahkan diri aku jugak. Erm..memang ada dalam 20% salah aku kat situ. Lepas sorang menangis, habis yang lain menangis. Sampaikan Angah pun ikut menangis masa aku cakap kat telefon.




Semua orang panggil dia, tapi dia buat dek je. Aku jerit kuat daripada orang lain, "Adik!! Adik!!" Dia bangun, tersedar. Alhamdulillah, masa kat atas kereta, dia dah boleh senyum-senyum bagai. Okey, itu tanda dia okey. Lega. Alhamdulillah.






Kat hospital, rasanya semua orang boleh dengar jeritan galak dia tu. Budak-budak lain dok meraung menangis, dia huha-huha dengan Abah. Masa duduk kat riba Mama pun, dia bergurau sakan dengan doktor. Masa tu, aku dah positif gila, dalam hati, "Yes, I know, my baby brother is such a strong boy."







Balik ke rumah..ya ampun..riuh gila dengan suara dia. Tapi, itu jadi satu peringatan, semua kena beringat sangat-sangat-sangat.












F cakap :

Sumpah aku boleh sakit jantung tau.