Saturday, June 25, 2011

Sakit kepala.

Rasa macam nak pecah kepala ni. Tak tipu. Dari petang tadi la kot, keluar dengan Abah, naik moto, teman Abah gi daftar broadband Celcom untuk Angah, sekali nak cari barang-barang F nak membakar. Sekali..amek kau, keluar-keluar je dari tempat berpenghawa dingin kat Celcom Center tu, terus kepala jadi sakit. Ahh, teruskan jugak, sebab nak ke Mydin.



Lagi geram, masuk Mydin, cream cheese Philadelphia tu, tak dijual kat situ, takpun habis stok. Terbantut hajat nak buat kek tiramisu untuk Angah dan kek lobak yang bertoppingkan cream cheese. Balik rumah, solat Asar pulak, terus siap-siap nak ke Pasir Puteh, tempat Angah belajar. Dalam kereta, asyik tidur, dah tak tahan sakit kepala.





Teman Angah pergi pasar malam kat sana. Boronglah yong tau fu dengan ketupat manis inti kacang. Ya Allah, memang Allah saja yang tahu sukanya F dapat jumpa ketupat manis. Iyelah, asyik kena tipu je sebelum ni bila tanya ketupat manis ke tak, penjual cakap ya, sekali rasa lema-lemak masin jugak. Tapi kali ni, memang dah dilabelkan, balik rumah, lepas je solat Maghrib, tak pandang kiri kanan, ngap sebijik dan lagi sebijik, sambil makan yong tau fu.




Barulah ingat nak telan Panadol Actifast, dan dah nak sedia untuk solat Isyak, nak tidur awal. Dah tak tahan ni. Hajat hati nak hentam terus buat kek lobak [carrot cake], biarpun takde cream cheese, tapi serius, dah tak larat ni. Sejak dua menjak ni, aktiviti lewat malam berjaya dikurangkan.




Badan pun dah panas semacam. Kat rumah ni, masuk F, dah 4 orang yang demam. Mula-mula Ammar Aiman yang lepas tu dia kena campak, habis satu badan merah-merah, Adot lepas dia balik dari kem kat Agro Resort di Setiu, Mama baru semalam kot, lepas tu F pulak baru hari ni kena. Kalau dengan Mama, memang kitorang biasanya demam sama-sama, hahaha, sama-sama teruk. Tapi Alhamdulillah, kali ni, okey je. Nak kena rehat je.












F cakap :

Blog tetap tak boleh nak tinggal.

3 comments:

airaniez wirdani said...

bahagianya hidup di rumah kan..dapat makan macam-macam benda yang sedap..Tapi bila sakit-sakit..ada pula org nak caring..:)

Roza Ami Nanomiya said...

ketupat tu pulut ker?

aku suka apa2 jer drpd pulut. nyum2

kak ina kl said...

ketupat manis tu memang sedap..yong tau fo pun sodap.

kalau blogger tegar mana boleh nak tinggal kan blog..mesti gak jenguk walaupun tak sehat