Wednesday, June 22, 2011

Makan tengah malam.

Bukan sekali dua, tapi dah acap sangat buat macam ni. Langsung tak boleh nak lawan nafsu tu daripada tak makan. Dulu, F dapat tahan jugak, sebab walau lapar gila-gila sekalipun, tangan hanya akan bancuh susu je. Iyelah, dah tengah malam, buat kerja apa je pun. Sepatutnya badan tu dah sedia nak tidur lantas direhatkan.





Tapi entah kenapa, seminggu dua ni, tabiat buruk dan lama tu datang balik. Ada satu malam tu, menghabiskan semangkuk rojak pasembor. Semalam, dua sandwic ayam. Dan malam ni, dua pinggan nasi. Lagak macam orang tak makan seharian.






Ish, tak boleh jadi ni. Kena ubah tabiat tak baik ni. Nampaknya kena ucap hai-hai balik dekat susu Anlene campur Milo tu. Iyelah dah dekat dua minggu dok merajuk dengan susu tu sebab konon-konon dah bosan la kan.












F cakap :

Mengantuk dah.

2 comments:

airaniez wirdani said...

kalau dah rasa nak makan....makan ajala..huhu

Roza Ami Nanomiya said...

sedap nyer makan ni