Monday, June 13, 2011

Lupa.

Semalam kan, eleh semalam la sangat, padahal tidur pukul 4 pagi, sebelum tidur tu, dah rangka dah dalam kepala otak apa yang nak diblogkan kat sini. Baru beberapa saat lepas tu, terus terlupa idea apa nak taip. Sampailah sekarang. Masih tak ingat-ingat. Nantilah, dah ingat, tulis balik. Idea ada je, tapi malas je lebih. Idea semalam je yang masih tak dapat-dapat lagi.





Tengah hari ni saja, dah dua kali Mozilla Firefox ni crashed dalam masa 5 minit. Tak tahulah kenapa, nak kata buka banyak sangat tab, tak sampai pun 5 tab. Biasanya, ada jugak lebih 10 tab buka sekaligus, tak pernah jadi pulak crashed ni. Entahlah.






Dahlah kelmarin, seharian rasa nak emo, pabila dapat tahu SKMM akan sekat Megaupload. Huwaaaaa!!! Tukang-tukang upload drama, filem, variety shows Korea, kebanyakan guna Megaupload. Dah tak ada peluang nak download macam dulu-dulu. Teringat kata seorang akak fanatik TVXQ ni, "Nanti kalau kitorang habiskan duit beli DVD Korea, jangan nak mengatalah pulak. Dah alang-alang tak boleh download, kita borong DVD je la terus!!". Jujur F cakap, F tak ingat kali terakhir F pernah download lagu-lagu artis Malaysia. Serius dan jujur tak tipu ni. Adik-adik je kot yang rajin mencari dan mendownload lagu-lagu tu semua.






Bukan apa, bukan tak boleh beli DVD dan CD semua tu, F beli je. Lepas F nilai dari apa yang F download tu. Kalau bagus, F beli, kalau tak, memang tak beli la jawabnya dan dengan apa yang didownload itu pun, kena delete. Tapi memandangkan ongkos tak membenarkan lagi, F tangguhkan dulu. F memang ada impian nak borong segala CD dan DVD mak nenek yang TVXQ dan BEAST punya. Cuma, duit tak ada dan F bukan ada pendapatan pun.






Tak apalah, nak mengamuk pun tak guna. Kena cari ikhtiar lain. Alahai...












F cakap :

Tak boleh emo-emo sangat, nanti habis jerawat menyerang dengan jayanya.

2 comments:

Gnie@SimplyStyle said...

tentang mozillA..dulu guna mozilla selalu jugak crash...huu..bertukar ke chrome dah skrg

Roza Ami Nanomiya said...

try ah Google Chrome... ringan dan x pernah crash.


pasal web kena block tu ada amaran web kerajaan malaysia mau kena hack (amaran betul masuk berita). aku rasa tak apalah kena block tp janganlah hack govt. buat rugi kerajaan malaysia ja lg pun yg nak hack tu org luar. apa ler diorang nak sibuk2 pasal negara org