Monday, June 27, 2011

Ke hospital.

Disebabkan demam yang berlarutan sehinggakan tak boleh nak banyak bergerak, tak boleh nak makan melainkan separuh gelas susu dan setengah keping roti, nak telan air pun susah, Abah dan Mama memutuskan bahawa anak ini perlu dibawa ke hospital. Mungkin berhadapan demam denggi memandangkan sudah tiga, empat orang jiran sudah sah kena denggi.




Waktu mula-mula sakit kepala tu, cuma telan Panadol Actifast, tapi malangnya, langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Awal-awal demam, suhu dalam lingkungan 39 darjah Celcius, paling tinggi 39.8 darjah Celcius. Biasanya, definisi demam bagi seorang F, demam mesti deitemani batuk dan selesema, tapi tidak kali ini. Tu yang sebabkan semua orang cuak, dan F pun jadi suspek denggi secara tak langsung.





Maka, pagi ni, ke wad kecemasan, darah diambil, Alhamdulillah, bilangan platlet melebihi 200, maknanya normal, tapi doktor cakap, sebab F masih demam, jadi platelet counts tu memang tinggi, maka esok nak kena ambil darah lagi sekali, nak sahkan denggi atau tidak. Suhu pun lebih rendah daripada sebelumnya, cuma 38.8 je, dan doktor pun arahkan kena masukkan 2 pints air dalam badan. Bagus jugak memandangkan F tak minum 100 Plus [yang mana orang cakap kalau denggi kena minum 100 Plus banyak] dan tak larat nak telan air kosong.





Abah dan Mama bergilir-gilir tunggukan F, tapi bila dah ditukar daripada satu pint ke pint yang kedua, F dah boleh duduk-duduk, satu sebab bosan, kedua sebab dah larat nak borak-borak. Doktor-doktor datang buat follow-up, semua cakap benda yang sama, banyakkan minum air. Sempat minum air barli yang Abah bawak, waktu tu la, baru rasa tenaga naik sikit. Tak sampai separuh pint kedua, staffnurse priksa suhu, dah turun ke 37.5. Terus siap-siap nak cabut saluran air tu, sebab doktor kata dah boleh keluar. Syukur sangat-sangat-sangat sebab dah tak tahan duduk wad sementara tu, sebab sejuk sangat dan bosan. Hehehehe.






Alhamdulillah, F dah okey, cuma nak kena ambil darah lagi sekali je esok. Lepas tu, doktor dah siap bagi tau pejabat kesihatan, mintak fogging lagi kawasan kitorang ni.












F cakap :

Sakit-sakit urat sendi kat kai tak hilang lagi.

7 comments:

Sarah Kushairi said...

Kesiannya.
Hope you get well soon, dear!

Nies Hanna said...

semoga cepat sembuh F.. experience tu dapat duduk wad..hehehe

Cik NurulZaty said...

u msuk hospital ke??

huhu...jaga diri tau..


:)

hanae said...

fikah, get well soon!

anis pon batuk x elok2 ag ni..huhu

Roza Ami Nanomiya said...

tak suka duduk wad
kecuali ada nurse lawa

kays said...

get well soon kak fiqah ! :)

kak ina kl said...

alhamdulliah dah keluar dari hospital..semuga cepat sembuh