Sunday, June 19, 2011

Hari yang produktif.

Oh, hari ni hari Sabtu. Itu pun kalau entri ni sempat lepas keluar tayang kat blog sebelum jam 12 tengah malam. Tapi rasanya tak, sebab mula mengarang entri pun, dah jam 11.34 malam. Hari paling produktif sedunia, hahaha, tidak, produktif hanya dalam dunia F je kot.






Malam sebelumnya, tidur jam 4 pagi, bangun solat Subuh setelah dikejutkan Opah, dan kembali tidur. Hari-hari biasa, menjelang tengah hari baru nampak batang hidung, tapi tidak untuk Sabtu itu. Bangun seawal 9.30 pagi, setelah dirasuahkan untuk dibawa berjalan-jalan ke pasar tani. Ingatkan sarapan kat luar, oh, rupanya tidak. Deria bau terlepas bau terbaik dalam dapur, yakni nasi lemak. Mama suruh sarapan siap-siap, baru keluar.




Ke pasar tani TEMAN. Kata Mama, TEMAN merujuk kepada Terminal Makanan Negara, rupanya, Terminal Agribisnes Negeri. Hahaha. Ternampak dekat pintu gerbang sebelum masuk ke kawasan pasar tani tu. Yang menjual lebih ramai daripada pengunjung. Mungkin sebab tempat tersebut belum dipromosikan sebaiknya dan F pulak tak ada kamera nak promo pasar tani tersebut. Almaklumlah, ambil gambar guna henfon pada kala teriknya mentari, bukanlah satu pilihan yang baik.






Diteruskan menyinggah ke pusat beli-belah Billion Kubang Kerian. Borong apa-apa yang patut termasuklah satu botol besar Apple Cider Vinegar and Honey jenama Wescobee dan 2 helai baju yang dijual RM 50 untuk keduanya.

RM 23.90


2 helai untuk RM 50.




Sampai di rumah, kemas-kemas barang, online kejap dan siapkan bahan-bahan nak menguli donat. F pernah buat sekali, tapi tak sempat cerita dekat blog. Donat yang rangup di luar, tapi gebu dan lembut gila kat dalam. Mesti cuba resepi mudah ni. Hahaha. Mudahlah sangat apabila F menguli adunan sambil berdiri, sampaikan jari-jemari naik kebas dan kejang, dan tumit kaki pun rasa macam nak tercabut.

Cubaan pertama suatu ketika dahulu.

Disalut glaze.


Pertama kali buat dulu, memang serba okey. Waktu tu, donat disalut dengan glaze, gula dicairkan bersama air. Tapi kali ni, disalut bersama gula aising, pun tetap dan memang sedap!! Tapi adunan donat kali ni terlebih air dan jadi lembik. Alhamdulillah, walaupun di-alter guna kuasa hentaman, rasa masih sedap. Sementara membuat donat, Mama pulak goreng mee yang super uber sedap. Menggemuklah anakmu ini, wahai Mama.

Donat terbaru.




Bancuh ACV and Honey tu siap-siap dalam air, letak dalam botol dan disejukkan, sebab Mama nak minum yang sejuk-sejuk. Sekali pabila Google, disebabkan Mama masih menyusukan Ammar Aiman, Mama tidak lagi dibenarkan minum bersama F. Huhuhu. Takut ada risiko.

Bancuhan.




Malam pulak, asyik melayan drama Korea, My Princess. Ada lebih separuh episod perlu dimuat turun untuk ditonton. Oh, ada Song Seung-hun [dulu dia pernah berlakon Autumn in My Heart dengan Won Bin yang ganteng itu] dan Kim Tae-hee, si wanita pujaan ramai lelaki Korea.

Sumber.











F cakap :

Hanya sempat tidur dari jam 6.10 petang sehingga 6.50 petang.
Terlelap sebab menunggu adunan donat untuk naik mengembang.

2 comments:

a's said...

sedapnya donut!! i wish i can bake..serius tak reti baking ;(


btw,cantik baju merah tu!!! suka..its a blouse isn't it?

Roza Ami Nanomiya said...

pagi nasik lemak
petang donut
ahhh jeles nyah

aku sabtu ahad ni online ja
T_T