Thursday, June 16, 2011

Bosan.

[1] Nak berblog, tapi pabila mood tak ada, malas itu datang dan idea pula lesap, haruslah ditangguh. Ini pun apdet atas dasar KENA APDET.



[2] Pagi tadi, gerhana bulan. Tengah hari ni, cuaca serba mendung. Tak panas, tak sejuk. Sedang-sedang je. F suka!!



[3] Al-Fatihah buat saudara Adha, senior Bioteknologi, tahun kedua di tempat F belajar, UIAM Kuantan. Arwah baik orangnya, walaupun kenal gitu-gitu je, memang peramah. Arwah lemas di Sungai Lembing selepas mendaki Bukit Panorama. Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.



[4] Mata kanan membengkak dengan separa teruk, nak pejam pun sakit, buka mata pun sakit. Air mata pun tak henti-henti keluar, walaupun bukan menangis.



[5] Hati F memang rasa sayu sebab dah tak boleh buka Megaupload, tapi itu tak bermakna F sokong orang nak hack laman web segala. Beringatlah, nak buat apa-apa pun jua, biar berpada-pada.



[6] Ramai orang ajar macam mana nak lepasi untuk masuk ke laman-laman web yang disekat. F dah tahu, dah siap bookmarked, tapi tengah fikir nak buat ke tak nak. Ada risiko ke tak, bahaya ke tidak. Itu je yang asyik berlegar-legar dalam kepala otak ni.



[7] Nak download macam-macam drama dan filem, tapi tiba-tiba pulak boleh blurr tak tahu nak pilih cerita apa.



[8] Encik Acer banyak kali sakit, demam barangkali. Boleh dengar bunyi benda alah dalam Encik Acer ni berbunyi sakan. Alahai, F sayang Encik Acer ni sangat-sangat-sangat, sanggup tak pandang yang lain dah. Cinta hati utama la katakan. Harapnya Encik Acer ni mampu bertahan. F tak bersedia nak berpisah.



[9] Jadual tidur sangat menakutkan. Ada masa tidur pukul 8.15 malam, bangkit tengah malam untuk solat Isyak dan terus tak tidur sampai 8.00 pagi. Ada masa pukul 4.00 pagi baru lelap, bangun solat Subuh [kat rumah sangat mustahil untuk Subuh gajah sebab memang akan ada orang kejutkan] dan kembali tidur. Dahsyat, dahsyat, macam mana nak slim down kalau tidur asyik tak menentu.



[10] Limgkaran gelap bawah mata memang jelas-sejelas-jelasnya. Namun, harus bersyukur sebab tak berhadapan dengan masalah eyebags. Kalau tak, haruslah muka nampak macam panda terus.





Sekian laporan kehidupan harian pada masa cuti milik F. Anda pula bagaimana??












F cakap :

Badan rasa lain macam.

3 comments:

Roza Ami Nanomiya said...

owh. minggu yang sama. keja, balik, online, keja, balik, online

haha... buhsan

Anonymous said...

dear awak,
your blog is too dull. I mean the background. No offence. *hugs*

fikah © said...

@Anonymous
Dear Anon, I take your comment seriously.
But unfortunately, I have no idea how to change my background.
*sobs*
My blog is designed by the courtesy of my friend,and since she's a bit busy lately, I have yet bothered her about this.
Thanks for your concern.
*hugs back*