Wednesday, June 29, 2011

Girls with red hair are gorgeous!!

I don't know why, but I really enjoy seeing some girls in red hair. They just look amazing!! Choosing to dye your hair with red colour, maybe not the ultimate option for some people, but so far, I think, these ladies really attract me tho. Maybe it's because their faces just suit the colour - I don't know, but again and again, I want to say how gorgeous they are!!





I decided that, my favourites would be Wonder Girls' rapper - Yoobin, 2NE1's main vocalist - Park Bom, and last but not the least, the latest one is Clover's vocalist and rapper - Gilme.

Yoobin got her red hair during "2 Different Tears" promotion.


Park Bom impressed me with her red hair ever since I watched the music video of "Go Away".


Gilme's red hair caught my eyes when she promoted "Ice Trim" with fellow members.












F says :

Oh, I wonder how would I look if I'm in red hair. Would it be as awesome as those ladies?? I bet it won't!!

Monday, June 27, 2011

Ke hospital.

Disebabkan demam yang berlarutan sehinggakan tak boleh nak banyak bergerak, tak boleh nak makan melainkan separuh gelas susu dan setengah keping roti, nak telan air pun susah, Abah dan Mama memutuskan bahawa anak ini perlu dibawa ke hospital. Mungkin berhadapan demam denggi memandangkan sudah tiga, empat orang jiran sudah sah kena denggi.




Waktu mula-mula sakit kepala tu, cuma telan Panadol Actifast, tapi malangnya, langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Awal-awal demam, suhu dalam lingkungan 39 darjah Celcius, paling tinggi 39.8 darjah Celcius. Biasanya, definisi demam bagi seorang F, demam mesti deitemani batuk dan selesema, tapi tidak kali ini. Tu yang sebabkan semua orang cuak, dan F pun jadi suspek denggi secara tak langsung.





Maka, pagi ni, ke wad kecemasan, darah diambil, Alhamdulillah, bilangan platlet melebihi 200, maknanya normal, tapi doktor cakap, sebab F masih demam, jadi platelet counts tu memang tinggi, maka esok nak kena ambil darah lagi sekali, nak sahkan denggi atau tidak. Suhu pun lebih rendah daripada sebelumnya, cuma 38.8 je, dan doktor pun arahkan kena masukkan 2 pints air dalam badan. Bagus jugak memandangkan F tak minum 100 Plus [yang mana orang cakap kalau denggi kena minum 100 Plus banyak] dan tak larat nak telan air kosong.





Abah dan Mama bergilir-gilir tunggukan F, tapi bila dah ditukar daripada satu pint ke pint yang kedua, F dah boleh duduk-duduk, satu sebab bosan, kedua sebab dah larat nak borak-borak. Doktor-doktor datang buat follow-up, semua cakap benda yang sama, banyakkan minum air. Sempat minum air barli yang Abah bawak, waktu tu la, baru rasa tenaga naik sikit. Tak sampai separuh pint kedua, staffnurse priksa suhu, dah turun ke 37.5. Terus siap-siap nak cabut saluran air tu, sebab doktor kata dah boleh keluar. Syukur sangat-sangat-sangat sebab dah tak tahan duduk wad sementara tu, sebab sejuk sangat dan bosan. Hehehehe.






Alhamdulillah, F dah okey, cuma nak kena ambil darah lagi sekali je esok. Lepas tu, doktor dah siap bagi tau pejabat kesihatan, mintak fogging lagi kawasan kitorang ni.












F cakap :

Sakit-sakit urat sendi kat kai tak hilang lagi.

Saturday, June 25, 2011

Sakit kepala.

Rasa macam nak pecah kepala ni. Tak tipu. Dari petang tadi la kot, keluar dengan Abah, naik moto, teman Abah gi daftar broadband Celcom untuk Angah, sekali nak cari barang-barang F nak membakar. Sekali..amek kau, keluar-keluar je dari tempat berpenghawa dingin kat Celcom Center tu, terus kepala jadi sakit. Ahh, teruskan jugak, sebab nak ke Mydin.



Lagi geram, masuk Mydin, cream cheese Philadelphia tu, tak dijual kat situ, takpun habis stok. Terbantut hajat nak buat kek tiramisu untuk Angah dan kek lobak yang bertoppingkan cream cheese. Balik rumah, solat Asar pulak, terus siap-siap nak ke Pasir Puteh, tempat Angah belajar. Dalam kereta, asyik tidur, dah tak tahan sakit kepala.





Teman Angah pergi pasar malam kat sana. Boronglah yong tau fu dengan ketupat manis inti kacang. Ya Allah, memang Allah saja yang tahu sukanya F dapat jumpa ketupat manis. Iyelah, asyik kena tipu je sebelum ni bila tanya ketupat manis ke tak, penjual cakap ya, sekali rasa lema-lemak masin jugak. Tapi kali ni, memang dah dilabelkan, balik rumah, lepas je solat Maghrib, tak pandang kiri kanan, ngap sebijik dan lagi sebijik, sambil makan yong tau fu.




Barulah ingat nak telan Panadol Actifast, dan dah nak sedia untuk solat Isyak, nak tidur awal. Dah tak tahan ni. Hajat hati nak hentam terus buat kek lobak [carrot cake], biarpun takde cream cheese, tapi serius, dah tak larat ni. Sejak dua menjak ni, aktiviti lewat malam berjaya dikurangkan.




Badan pun dah panas semacam. Kat rumah ni, masuk F, dah 4 orang yang demam. Mula-mula Ammar Aiman yang lepas tu dia kena campak, habis satu badan merah-merah, Adot lepas dia balik dari kem kat Agro Resort di Setiu, Mama baru semalam kot, lepas tu F pulak baru hari ni kena. Kalau dengan Mama, memang kitorang biasanya demam sama-sama, hahaha, sama-sama teruk. Tapi Alhamdulillah, kali ni, okey je. Nak kena rehat je.












F cakap :

Blog tetap tak boleh nak tinggal.

A black desktop background??

My current [well it's been a while actually] desktop background, is all-black. Not the all-black as in the New Zealand's rugby team, but it's just the pure black background. Yeah I know what's in your mind - it's boring and dull and has no life - well I do agree until some points.





And most of the time, I hide all the desktop icons. Because they are just so many things up there, so I end putting them into hiding. But everything has a reason, not to exclude my action.


How to hide the icons :

Right-click on the desktop [on empty spaces, not on any of the icons] >> View >> Show Desktop Icons [make sure it's untick]



I was convinced few weeks back - when the news of Malaysian electricity tariff would be increased, came out - by few friends that, changing you desktop background, screen saver, to a black one, would actually help to reduce the amount of electricity used. To be honest, I was not sure whether that was proven or not, but I just did it anyway. So, why don't you just do like what I did, and proved by comparing electric bills for this month and the upcoming month, so that we can rest assure that we've done the right thing..would you??




Not only that, I was suggested to change my previous homepage of Google, into something else - Saves Watts - which I believe most of us already knew about this. Well, the reasons are pretty clear, just like the above, we'll save energy when we save watts.





Okay, that's all. Now I have to think what to eat for my breakfast.












F says :

My body gets tired pretty easily these few days, that I have to sleep early everyday.
As early as 10 o'clock at night!!

Friday, June 24, 2011

Tagged by Sarah Kushairi!!

Dah lama tak kena tag, ni datang pulak tag baru daripada Sarah sayang. Terima kasih ya, Sarah!! Memang tengah bosan pun ni. Hehehe




1) Kenapa online hari-hari, xde kerjakah???

= Pang!! Sekali terasa gua dok online hari-hari, tapi tak dapat amenda sangat. Memang takde kerja sampai kawan-kawan ibu bapa dan jiran tetangga mula bertanyakan status F. Bukan status Bujang/Berkahwin tu, tapi status Bekerja/Tidak bekerja.

2) Apakah web-web yang telah anda sign up dekat internet ni??
(Kalo boleh, from earliest to latest)

= YahooMail, Friendster [deleted], Myspace [deleted], High5 [not active], Tagged [not active], Blogspot, Livejournal [not active], Facebook, Tumblr, Twitter,  Formspring, Churpchurp, Nuffnang etc

p/s : Kalau F terus list ni, esok pun tak habis.

3) Apakah medium yang anda gunakan untuk online?

= The one and only, Mr Acer Aspire 4720 since 2007.

4) Anda x boringkah online?

= Mahunya tak bosan. Pernah satu hari sampai blurr tahap cipan sebab tak tahu nak browse sites apa, tak tahu nak download drama atau filem apa sebab terlalu banyak.

5) Aktiviti harian??

= Bangun tidur, Facebook > Twitter > YahooMail, blogging [bila-bila ada idea je], makan dan makan dan makan tanpa henti, jaga Ammar Aiman, tu je kot.

6) Apa yang menggangu fikiran anda sekarang?

= Macam mana nak atasi depresi melampau F.

7) Adakah anda fikir survey ini dalam bahasa inggeris pada awalnya??

= Oh, tidak, sebab dah mula pun dalam BM kan?

8) Anda rasa penguasaan bahasa Inggeris anda cukup untuk menjawab survey ini dalam bahasa Inggeris???

= Nak kata hebat, ada orang lain lagi hebat, cukuplah F cakap, boleh la kalau nak disuruh jawab.

9) Apa pendapat awak pasal penyekatan kerajaan terhadap beberapa web-web yang menjadi isu sekarang ni??

= Tak tahu nak cakap apa dah. Iyelah, mentang-mentang dah tahu cara-cara nak lepas sekatan tu. Hehehe *gelak jahat*

10) Adakah anda pandai memasak??

= Biasa-biasa je, sekadar untuk isi perut sendiri. F lebih suka bakar-membakar, kukus-mengukus kek, kuih-muih, biskut dan segala yang sama waktu dengannya.

11) Kali terakhir anda berbelanja besar?? Untuk apa??

= Online shopping. Takde la besar sangat, semuanya pun masih bawah rm100. Oh, baru teringat, boxset All About DBSK Season 3 yang harga RM 240 [dapat dalam RM 200 lepas nego], DVD The Secret Code Concert : Tohoshinki in Tokyo Dome yang harga RM 115, lepas nego dapatlah dalam RM 95 kot.

12) Things u are looking forward to??

= Money. I'm in a dire need of money. Baking - pending list: carrot cake, moist chocolate cake, chocolate chip cookies.

13) Things u wanna buy right now??

=  10 books from BookXcess.

14) Things u wanna eat right now??

= Baskin Robbins Praline 'n Cream. YUMMY!!
source.


15) Short-term planning?? why??

= Blogging good things, good enough to be shared with others, oh, to finish reading those books from BookXcess.

16) Status??why??

= Single, but has many crushes. Not ready for any commitment for the time being.

17) If u can have a pet, what will it be??

= Though I love cats, I don't think I want to have more than the only one at home right now.

18) U get one wish, what will it be??

= I want to be more optimistic.

19) U need money, mom or dad??

= I need ALL of them!!

20) If u could have another sibling, what would it be??

= I just have a new lil baby brother. Heeee. He's more than adorable.

21) Any plannings??

= Earn as much money and get married, perhaps?

22) U get a second wish. What is your command??

= Money-rain on me, please.

23) Last question!! what song do u like??
(a song from a local singer)

= Bisakah from Siti Nurhaliza. Oh, all her songs from Transkripsi album are amazing!!

I tag:
Srii
Anna
Diyanah
Faten
Anis Farhanah
Cida
Elyn
Fana
Kay A
Hanis
Sha
Dian
Zai
dan siapa-siapa je la yang rasa bosan. XD

Wednesday, June 22, 2011

Entri saya baik punya, tapi kenapa tak ada orang komen??

Sumber.



Apa perasaan anda agaknya pabila dah buat entri sehabis baik, terbaik dari ladang, gambar cun-melecun punya, ayat memang tak nak kalah, tapi malangnya, tiada yang memberi komen ATAU pun yang tinggalkan komen tu kaum kerabat, sanak saudara, kawan-kawan terdekat je??



A comment is generally a verbal or written remark 
often related to an added piece of information, 
or an observation or statement.



Haru kan?? Sebabnya, pabila orang klik kat..



keluar macam ni pulak dah....




Cuba cek balik. Mungkin ada silapnya. F faham perasaan orang yang rajin tinggalkan komen guna Google Account dekat entri ramai orang, dengan harapan jugak, akan ada yang membalas kunjungan tersebut, tapi tiada. Sebenarnya, bukan tiada, mungkin Settings untuk blog anda masih ada yang tertinggal. Sayanglah kan, sebab kecuaian kita, menyebabkan orang lain tak dapat nak jenguk blog anda, dan pada masa yang sama, tak boleh komen kat entri anda.






Penyelesaiannya, mudah sangat!!


Klik Dashboard >> Edit Profile >> Pastikan anda ✓ pada kotak "Share My Profile" >> Save Profile.




Benda ni mungkin nampak remeh, tapi ada je yang tak perasan sebenarnya. Oh, kalau yang komen guna selain Google Accounts tu, rasanya tak ada masalah. XD












F cakap :

Maaf, asyik cerita benda yang membosankan je.

Makan tengah malam.

Bukan sekali dua, tapi dah acap sangat buat macam ni. Langsung tak boleh nak lawan nafsu tu daripada tak makan. Dulu, F dapat tahan jugak, sebab walau lapar gila-gila sekalipun, tangan hanya akan bancuh susu je. Iyelah, dah tengah malam, buat kerja apa je pun. Sepatutnya badan tu dah sedia nak tidur lantas direhatkan.





Tapi entah kenapa, seminggu dua ni, tabiat buruk dan lama tu datang balik. Ada satu malam tu, menghabiskan semangkuk rojak pasembor. Semalam, dua sandwic ayam. Dan malam ni, dua pinggan nasi. Lagak macam orang tak makan seharian.






Ish, tak boleh jadi ni. Kena ubah tabiat tak baik ni. Nampaknya kena ucap hai-hai balik dekat susu Anlene campur Milo tu. Iyelah dah dekat dua minggu dok merajuk dengan susu tu sebab konon-konon dah bosan la kan.












F cakap :

Mengantuk dah.

Sunday, June 19, 2011

Hari yang produktif.

Oh, hari ni hari Sabtu. Itu pun kalau entri ni sempat lepas keluar tayang kat blog sebelum jam 12 tengah malam. Tapi rasanya tak, sebab mula mengarang entri pun, dah jam 11.34 malam. Hari paling produktif sedunia, hahaha, tidak, produktif hanya dalam dunia F je kot.






Malam sebelumnya, tidur jam 4 pagi, bangun solat Subuh setelah dikejutkan Opah, dan kembali tidur. Hari-hari biasa, menjelang tengah hari baru nampak batang hidung, tapi tidak untuk Sabtu itu. Bangun seawal 9.30 pagi, setelah dirasuahkan untuk dibawa berjalan-jalan ke pasar tani. Ingatkan sarapan kat luar, oh, rupanya tidak. Deria bau terlepas bau terbaik dalam dapur, yakni nasi lemak. Mama suruh sarapan siap-siap, baru keluar.




Ke pasar tani TEMAN. Kata Mama, TEMAN merujuk kepada Terminal Makanan Negara, rupanya, Terminal Agribisnes Negeri. Hahaha. Ternampak dekat pintu gerbang sebelum masuk ke kawasan pasar tani tu. Yang menjual lebih ramai daripada pengunjung. Mungkin sebab tempat tersebut belum dipromosikan sebaiknya dan F pulak tak ada kamera nak promo pasar tani tersebut. Almaklumlah, ambil gambar guna henfon pada kala teriknya mentari, bukanlah satu pilihan yang baik.






Diteruskan menyinggah ke pusat beli-belah Billion Kubang Kerian. Borong apa-apa yang patut termasuklah satu botol besar Apple Cider Vinegar and Honey jenama Wescobee dan 2 helai baju yang dijual RM 50 untuk keduanya.

RM 23.90


2 helai untuk RM 50.




Sampai di rumah, kemas-kemas barang, online kejap dan siapkan bahan-bahan nak menguli donat. F pernah buat sekali, tapi tak sempat cerita dekat blog. Donat yang rangup di luar, tapi gebu dan lembut gila kat dalam. Mesti cuba resepi mudah ni. Hahaha. Mudahlah sangat apabila F menguli adunan sambil berdiri, sampaikan jari-jemari naik kebas dan kejang, dan tumit kaki pun rasa macam nak tercabut.

Cubaan pertama suatu ketika dahulu.

Disalut glaze.


Pertama kali buat dulu, memang serba okey. Waktu tu, donat disalut dengan glaze, gula dicairkan bersama air. Tapi kali ni, disalut bersama gula aising, pun tetap dan memang sedap!! Tapi adunan donat kali ni terlebih air dan jadi lembik. Alhamdulillah, walaupun di-alter guna kuasa hentaman, rasa masih sedap. Sementara membuat donat, Mama pulak goreng mee yang super uber sedap. Menggemuklah anakmu ini, wahai Mama.

Donat terbaru.




Bancuh ACV and Honey tu siap-siap dalam air, letak dalam botol dan disejukkan, sebab Mama nak minum yang sejuk-sejuk. Sekali pabila Google, disebabkan Mama masih menyusukan Ammar Aiman, Mama tidak lagi dibenarkan minum bersama F. Huhuhu. Takut ada risiko.

Bancuhan.




Malam pulak, asyik melayan drama Korea, My Princess. Ada lebih separuh episod perlu dimuat turun untuk ditonton. Oh, ada Song Seung-hun [dulu dia pernah berlakon Autumn in My Heart dengan Won Bin yang ganteng itu] dan Kim Tae-hee, si wanita pujaan ramai lelaki Korea.

Sumber.











F cakap :

Hanya sempat tidur dari jam 6.10 petang sehingga 6.50 petang.
Terlelap sebab menunggu adunan donat untuk naik mengembang.

Thursday, June 16, 2011

Bosan.

[1] Nak berblog, tapi pabila mood tak ada, malas itu datang dan idea pula lesap, haruslah ditangguh. Ini pun apdet atas dasar KENA APDET.



[2] Pagi tadi, gerhana bulan. Tengah hari ni, cuaca serba mendung. Tak panas, tak sejuk. Sedang-sedang je. F suka!!



[3] Al-Fatihah buat saudara Adha, senior Bioteknologi, tahun kedua di tempat F belajar, UIAM Kuantan. Arwah baik orangnya, walaupun kenal gitu-gitu je, memang peramah. Arwah lemas di Sungai Lembing selepas mendaki Bukit Panorama. Innalillahi wainna ilahi raaji'uun.



[4] Mata kanan membengkak dengan separa teruk, nak pejam pun sakit, buka mata pun sakit. Air mata pun tak henti-henti keluar, walaupun bukan menangis.



[5] Hati F memang rasa sayu sebab dah tak boleh buka Megaupload, tapi itu tak bermakna F sokong orang nak hack laman web segala. Beringatlah, nak buat apa-apa pun jua, biar berpada-pada.



[6] Ramai orang ajar macam mana nak lepasi untuk masuk ke laman-laman web yang disekat. F dah tahu, dah siap bookmarked, tapi tengah fikir nak buat ke tak nak. Ada risiko ke tak, bahaya ke tidak. Itu je yang asyik berlegar-legar dalam kepala otak ni.



[7] Nak download macam-macam drama dan filem, tapi tiba-tiba pulak boleh blurr tak tahu nak pilih cerita apa.



[8] Encik Acer banyak kali sakit, demam barangkali. Boleh dengar bunyi benda alah dalam Encik Acer ni berbunyi sakan. Alahai, F sayang Encik Acer ni sangat-sangat-sangat, sanggup tak pandang yang lain dah. Cinta hati utama la katakan. Harapnya Encik Acer ni mampu bertahan. F tak bersedia nak berpisah.



[9] Jadual tidur sangat menakutkan. Ada masa tidur pukul 8.15 malam, bangkit tengah malam untuk solat Isyak dan terus tak tidur sampai 8.00 pagi. Ada masa pukul 4.00 pagi baru lelap, bangun solat Subuh [kat rumah sangat mustahil untuk Subuh gajah sebab memang akan ada orang kejutkan] dan kembali tidur. Dahsyat, dahsyat, macam mana nak slim down kalau tidur asyik tak menentu.



[10] Limgkaran gelap bawah mata memang jelas-sejelas-jelasnya. Namun, harus bersyukur sebab tak berhadapan dengan masalah eyebags. Kalau tak, haruslah muka nampak macam panda terus.





Sekian laporan kehidupan harian pada masa cuti milik F. Anda pula bagaimana??












F cakap :

Badan rasa lain macam.

Monday, June 13, 2011

Lupa.

Semalam kan, eleh semalam la sangat, padahal tidur pukul 4 pagi, sebelum tidur tu, dah rangka dah dalam kepala otak apa yang nak diblogkan kat sini. Baru beberapa saat lepas tu, terus terlupa idea apa nak taip. Sampailah sekarang. Masih tak ingat-ingat. Nantilah, dah ingat, tulis balik. Idea ada je, tapi malas je lebih. Idea semalam je yang masih tak dapat-dapat lagi.





Tengah hari ni saja, dah dua kali Mozilla Firefox ni crashed dalam masa 5 minit. Tak tahulah kenapa, nak kata buka banyak sangat tab, tak sampai pun 5 tab. Biasanya, ada jugak lebih 10 tab buka sekaligus, tak pernah jadi pulak crashed ni. Entahlah.






Dahlah kelmarin, seharian rasa nak emo, pabila dapat tahu SKMM akan sekat Megaupload. Huwaaaaa!!! Tukang-tukang upload drama, filem, variety shows Korea, kebanyakan guna Megaupload. Dah tak ada peluang nak download macam dulu-dulu. Teringat kata seorang akak fanatik TVXQ ni, "Nanti kalau kitorang habiskan duit beli DVD Korea, jangan nak mengatalah pulak. Dah alang-alang tak boleh download, kita borong DVD je la terus!!". Jujur F cakap, F tak ingat kali terakhir F pernah download lagu-lagu artis Malaysia. Serius dan jujur tak tipu ni. Adik-adik je kot yang rajin mencari dan mendownload lagu-lagu tu semua.






Bukan apa, bukan tak boleh beli DVD dan CD semua tu, F beli je. Lepas F nilai dari apa yang F download tu. Kalau bagus, F beli, kalau tak, memang tak beli la jawabnya dan dengan apa yang didownload itu pun, kena delete. Tapi memandangkan ongkos tak membenarkan lagi, F tangguhkan dulu. F memang ada impian nak borong segala CD dan DVD mak nenek yang TVXQ dan BEAST punya. Cuma, duit tak ada dan F bukan ada pendapatan pun.






Tak apalah, nak mengamuk pun tak guna. Kena cari ikhtiar lain. Alahai...












F cakap :

Tak boleh emo-emo sangat, nanti habis jerawat menyerang dengan jayanya.

Saturday, June 11, 2011

What I've been doing these few days??

Basically, I was [and still AM!!] back with my download-freak attitude. Everytime I got time, I would be downloading up to 5 episodes per day because of the small size of each episode, which is just 200 MB ++. The quality is just okay, well, for those who is used to watch any drama in HD, well, I would say, this is a bit of low quality one. I guess, I would be spending my time to download the HD version, once I think the drama is worth my time downloading tho. See if I got some time more before I return to Kuantan after the Eid.





I am into Autumn's Concerto, a Taiwanese drama and  has finished few movies, Korean and Japanese ones. I'll share what I watch later on.





Well, I just finished only until episode 7, after skipping few minutes, or maybe more, of each episode. I'll have to say, the drama is cliche and typical drama where "a bad-ass guy meets the good girl but can still spank him with her words, and then the boy falls in love with her, thus he changes for better and they fall in love" and bla bla bla. And they actually had a son later on. A cute son!!!





I expect myself to be involved with this drama only up until 10th episode [this one has 21 episodes, weh!!], until I met Xiao Le, the cute kid character in the drama in the 7th episode last night. I'm seeing myself finishing this drama until the final episode because of Xiao Le!!





Needless to say, the hero, Vanness Wu, playing Ren Guang Xi, is another reason for me to stay engaged with this drama till the end. As for me, sometimes I find it hard to like a guy with medium-long hair and short hair, both at the same time. But it's a whole different case for him, because he just looks both hot and cool with any hairstyle!! Oh, he sounds so sexy when he speaks in English!!! [SPOILER : too much showing abs!!]

BEFORE



AFTER






I would have to finish this drama first, only then, I could give my 10 cent about it, though I'm not a good reviewer. Ha.ha.ha. This drama has aired back in 2010, and I know I'm so last year that I'm only watching it now, but who cares???!! Ha.ha.ha.

 
An adorable, cute and dorky family.










F says :

Now, let's get back to work, errr, I mean, download.

Monday, June 6, 2011

Abah and his Maggi.

Abah saw this on my laptop, as soon as he came from the kitchen. He was like, "Wah, sedapnya nampak Maggi tu!!" [Wow, what a delicious-looking Maggi!!]. At first, I thought he was just teasing me, or praising himself, but, no, he wasn't. He was about to go until he came looking again, "Is that the Maggi that I cooked just now?? You took picture of it, wasn't it??". And I was "Hehehehe..."







He must be feeling proud right now. But hey, isn't that the same way Maggi you always cook, Abah?? :))













F says :

I took more than 30 minutes of finishing that.
Too absorbed with the Internet.

Saturday, June 4, 2011

Home!!

I'm home after having a 3-day-2-night vacation in Terengganu. Didn't go that far from my home, I know, but it's worthy. We spent a night in Sutra Beach Resort, Setiu, and another night in Kuala Terengganu. WOn't be telling much in this entry without pics [they're all in Angah's cool handphone], so I'll just leave you with this one and only.


Keropok lekor!!



My Twitter buddies have, most probably, seen this on my Twitter.





Toodles!!













F says :

I have fun!!

Thursday, June 2, 2011

Tinggal.

Hari ni dah masuk hari Khamis, nak kena taip cepat-cpeat ni, bateri laptop dah nak habis la pulak. Okey, baik, tak ada kaitan Khamis dan bateri laptop.





Disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah, maka, kedua-dua ibu bapa bermurah hati untuk bawa anak-anak mereka ke Terengganu pagi nanti., termasuklah dua orang anak besar mereka yang sedang bercuti semester [Along - sehingga bulan September, Angah - sehingga 9 Jun].





Ikutkan hati malas sangat nak kemaskan barang-barang dan keluar, iyelah, kalau dah 24/7 asyik memerap kat rumah, memang tak ada 'feel' nak keluar pun. Tapi dah alang-alang cuti sekolah, dan Angah pun ada sama, apa lagi. JOM LAH!!!







Oh, ada pesanan untuk semua, jadi matang sikit okey?? Kutukan dan caci maki tak membantu, sayang. Bantu apa-apa yang patut dan perlu.










F cakap :

Dan oh lagi sekali, Opah cakap Jumaat ni dah 1 Rejab. Maka diajak puasa sama, JOM???!!