Loading...

Thursday, May 19, 2011

Puding kastard jagung.

Buat puding ni lebih kurang 2 minggu lepas. Mula-mula sekali nak cakap, MANYAK SEDAP WOOH!! Mesti cuba buat, terutama dengan cuaca yang agak kepanasan kan. Waktu nak buat, memang dugaan sangat-sangat-sangat. Satu, mula-mula gula habis. Dua, nak buka plastik gula yang lain, tengok-tengok, dijajahi semut-semut. Sepetang berperang dengan semut seangkatan tu.







Sebab kat rumah, manalah ada sangat bekas cantik-cantik, apatah lagi ramekin yang menjadi idaman hati, apa yang termampu, F hanya letak dalam bekas plastik biasa je. Bekas plastik disimpan dalam peti ais sebelum nak mula buat puding ni, konon-konon, pabila dah senduk masuk puding nanti, cepatlah sejuk gamaknya. Padahal, tip tu untuk loyang besi je kalau tak silap.






Resipi daripada Kak Ummi Home Sweet Home Kuantan. Hehehe. Ada derhaka sikit je bahagian jagung tu, sebab takde jagung berkrim, maka F gunakan satu tin kernel jagung [maksudnya jagung dengan air je dalam tin tu].





1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin) - F guna satu tin kernel jagung, masukkan dengan airnya sekali.
3/4 cawan gula - boleh kurangkan kalau nak kurang manis.
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (ummi guna fresh milk) - F pun guna susu segar Dutch Lady.
1 sudu besar susu pekat manis - F pandai-pandai menambah sebab konon-konon nak jadi jagung berkrimlah. 



Pertama kali buat, memang terus jatuh cintan sama itu puding kastard la!! Sebab masa tu, hujan tak berapa nak turun, maka pabila dimakan masa musim panas, memang nikmat la! Semua orang laju je ngap ngap, biar pun mula-mula Opah cakap manis sangat, tapi bertambah-tambah makan puding tu. 




Abah pulak dok fenin tengok puding kaler kuning terang sangat, maka disuruhnya kurangkan colouring. F cakaplah, tak guna colouring pun, mungkin disebabkan oleh tepung kastard tu kot. Jenama yang lain daripada kebiasaan yang guna kat rumah ni.




Mama suruh buat lagi. Okeylah, malam ni, gi borong jagung bertin-tin la. Hehehehe.













F cakap :
Dok pulun mushroom soup je seharian ni.


4 comments:

Nava Krishnan said...

thanks for sharing, bought all the ingredients but did not have the time to make.

Wonder how sweet this is with condensed milk added inside?

fikah © said...

@Nava Krishnan
no worries, it won't take so much time.
you just dump all the ingredients, right into the pot and cook it on a medium heat.
:))

well,since i have a sweet tooth, it's just fairly sweet for me.
adding condensed milk,tastes creamier.
:))

Anonymous said...

Nak tahu kalau di malaysia, yang 1 cawan tu adakah the standard metric cup that is kiraan 250 mls per cup? thankz

fikah © said...

@Anonymous
I think, it's lesser than 250ml.
Around 240ml, if I were not mistaken.

Kalau nak lagi senang, guna satu cawan je utk measure semua yg kat atas.
Lepas tu, yg 1/2, 3/4 tu agak2 je.
Insya-ALLAH jadi je, sebab ni jenis macam main campak jugak.
:D

Lebihkan tepung kastard kalau nak lagi keras.
Lebihkan susu kalau nak likat dan pekat.

Hope this helps!