Tuesday, May 24, 2011

Day Six: 10 items I can't live without.

1. Tisu.

Pantang keluar rumah, keluar bilik, nak gi kelas ke, nak gi jalan-jalan ke, TISU WAJIB dibawa bersama. F senang dapat runny nose, walaupun terbau belacan 2 km jauhnya, walaupun duduk kat auditorium berpenghawa dingin selama 2 minit, walaupun makan benda yang takde rasa pedas. Maka tisu mesti ADA. Kalau dalam peket dah habis, paw saja tisu kotak tu!!




2. Henfon.

Kalau kat rumah, sebenarnya tak kisah pun keluar ke mana-mana kalau tak bawa henfon. Lebih malang, di rumah, henfon ibarat melukut di tepi gantang. Tapi kalau di Kuantan, mestilah bawa henfon, kalau ke kelas, nak kontek kawan cakap kelas mula lambat ke, kelas dibatalkan ke, kelas tukar tempat ke. Kalau ke ECM, takut sesat dalam ECM, siapa nak jawab haa? ECM kan besar gedabak, memang harus sesat, melainkan guna henfon, SMS kawan, nak kena tunggu kat mana-mana.


LEBIH PENTING, henfon mesti kena ada waktu nak naik bas, sebab nak kena apdet kawasan persekitaran pada bos. Dan harus telefon kat bos, nak tunggu kat mana, pukul berapa bila dah menghampiri destinasi.




3. Encik Acer.

Kesayangan buah hati pengarang jantung pisang sejak November 2007. Walaupun mula-mula beli, hanya ada 512MB RAM dan 120 GB HDD [masih kekal sampai sekarang] dan guna Windows XP.


Lepas tu je upgrade ke Windows Vista sampai hanged Encik Acer, dan sampai tuan empunya menangis merajuk dengan laptop yang tak berperasaan itu. Dah tahan sikit, terus upgrade jadi Windows 7 dan tambah 2GB RAM waktu Encik Acer rosak tahun lepas.


Sayang tak terkata sampai sanggup makan tidur ngan Encik Acer.





4. Air.

Bangun tidur, minum air. Main laptop, minum air. Makan, minum air. Apa-apa je lah. Tak boleh tak minum air rasa lembik seluruh badan. Bila dah tak terpisah dengan air, maka haruslah tak berenggang dengan Tumbler kesayangan.




5. Tumbler.

No.4 sudah menjelaskan segalanya betapa perlunya Tumbler itu untuk diisi air.





6. Pakaian.

Hello~~~ Kalau tak, nak pakai apa dong??





7. Duit.

Serius perlukan duit gila-gila sekarang, tapi kerja tak nak. Duit Nuffnang boleh tahan tapi masalahnya, nak kena tunggu la pulak. Duit oh duit..





8. Buku / novel.

Tak semestinya kena baca, tapi kena tengok. Rasa seronok tengok buku-buku, perasaan yang menyenangkan terus hadir. Kadang-kadang, angkut je buku / novel tu ke hulur ke hilir, tapi bacanya, tidak. Hehehe.




9. Makanan.

Ini patut letak nombor 1 nuh. Penting ni!! Hahaha. Kalau tak makan, kerja pun serba tak jalan oh.




10. Dah takde idea. Hahaha













F cakap :

Benda senang macam ni pun tak boleh buat.

No comments: