Wednesday, May 4, 2011

Cepat-cepat.

Apdet cepat-cepat sebab dah nak masuk tidur. Dah tak boleh tidur lambat-lambat, nanti Abah tak senang hati. Hahaha. Benda yang buat dia rasa lega apabila tengok anak dia tidur lagi awal daripada dia, sebab sejuk mata. Hehehe.



Alhamdulillah, tahniah buat Abah dan Mama, Toyota Innova selamat berada di depan rumah dah. Hampir seminggu nak selesaikan semua urusan, dan tanggal 2 Mei 2011, kereta dibawa pulang. YEAY!! Nantilah kita cerita lain pulak.




Tadi, berjaya buat donat buat pertama kali selama hidup 21 tahun atas muka bumi pinjaman Allah S.W.T. ni. Hehehe. Suka sangat, sebab rangup di luar, lembut GILOS di dalam. Itu pun, nanti letak entri lain.



Sekarang, dok buat kerja saat-saat akhir, tolong scan kawan Mama punya kertas-kertas dan sijil-sijil. Jenuh menunggu printer ni buat kerja. Lambat sangat, sampai berpeluh-peluh dah, walaupun dah tengah malam.



Kelantan mengalami kemarau, senang cerita, panas dan kering tanpa hujan walau setitik jua. Haritu ke bandar Kota Bharu, nampak pengukur suhu digital, tunjukkan, 38 darjah Celsius. Cuma dua tiga hari ni je, kurang sikit je. Tak pun, sebab dah terbiasa mandi peluh, sampai rasa suhu tiap-tiap hari pun, sama je.




Itu je. Malas nak apdet, entahla. Dok asyik mood memuat turun drama Korea pulak. Okeyla, gerak dulu. Jaga diri!!













F cakap :

Mandi peluh di tengah malam.

No comments: