Saturday, May 21, 2011

Being me #3

Hari-hari mesti dengar, baca dan tengok berita kes simbah asid. Agaknya, si penyimbah ni memang tak baca surat khabar, tak tengok TV la kot. Sebab tu dia berani lagi gi dok simbah asid kat orang. Harap kau kena tangkap cepat-cepat. Dengar cerita, sekarang ni, taktik ketuk cermin kereta, suruh turunkan tingkap, konon-konon nak minta tolong. Sekali, disimbahnya orang. Betul atau tidak berita ni, tak pasti, sebab dapat tahu pun, kat Twitter. Tapi, beringat-ingatlah selalu ok??




Hari-hari mesti perang dengan nyamuk. Dah tak kira siang ke malam ke, nak dibedalnya tangan dan kaki sampai dah merah-merah. Nak tampar, mesti tak dapat. Bertambah-tambah pulak stres. Lagi tensi, pabila datang menerpa ke muka. Aiyoh, macam tak puas kacau kaki dan tangan tu.




Hari hari mesti minum Milo ais. Milo, mesti tak kurang 3 sudu besar, kalau tak, nanti tak KAW!! Nikmat rasanya dapat minum Milo ais di kala matahari terik di luar. Malamnya pulak, ketagi minum susu Anlene, tapi tak dilupa nak tambah satu sudu besar Milo. Rasa lagi berkrim. Sesuai sangatlah untuk orang yang tak tahan minum susu putih terusan macam tu.





Hari-hari sedaya-upaya nak habiskan minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tumbler air kosong. Nak hidratkan badan. Tumbler asalnya nak guna isi air dan letak dalam peti ais, bagi sejuk. Tapi akhirnya, 24 jam berkepit dengan tumbler air, sebab bibir merekah. Nak kena pastikan minum air kosong sebanyak mungkin. Tumbler siap dibawa masuk dalam bilik tidur, letak kat sebelah, kalau-kalau dahaga tengah-tengah malam, boleh sambar je terus, minum air.




Hari-hari tengah ajar diri guna air suam panas untuk cuci muka dan bilas guna air sejuk. Muka masih ada jerawat, kadang-kadang sampai pedih muka pun ada. Ingat nak cuba makan kapsul Virgin Coconut Oil [VCO], sebab khabarnya, banyak kebaikannya selain kurangkan jerawat kat muka. Tengoklah, kalau-kalau ada duit. Ni musim kering gila.








# Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Dan semoga ALLAH permudahkan urusan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa lain yang tertimbus. Khabarnya, sehingga entri ini ditulis, 9 orang terkorban, 9 berjaya diselamatkan dan 7 yang lain masih tertimbus. Mari kita sama-sama panjatkan doa, semoga semuanya berakhir dengan selamatnya.














F cakap :

:'(

1 comment:

kembatolo™ said...

tido dalam kelambu la senang. ha ha ha.