Wednesday, April 13, 2011

Tergugat.

Iya, sangat tergugat. Biasalah, hati rapuh, jiwa lemah. Mudah berkecamuk. Dikacau sikit, terus tersentak. Lesap habis kekuatan yang sedayanya dikumpul beberapa bulan ini. Nyata, belum cukup kukuh untuk membatasi rasa hati yang kian bercelaru.







Zzzzzzzz. Patut dah tidur dari satu jam yang lepas, tapi masih gagahkan juga. Entah apa yang merasuki, tak pasti. Sebenarnya, tak mahu mengenal pasti. Takut sejarah lama berulang. Sakit luka yang entah bila pula kali ini, akan kenal erti sembuh.







Rasa apakah ini?? Sehinggakan mata yang dambakan kejapan, tak mampu dipejam rapat, tubuh yang serba lesu inginkan sedikit rehat, tak daya dibawa beradu. Hati oh hati, hanya kerana engkau, wahai segumpal darah, habis satu badan tak bisa melawan.










Fatamorgana dunia ini sudah jelas. Hanya singgahan sementara orang sepertinya aku, kamu dan dia, sebelum kita ke Sana. Jangan aku digugatkan lagi. Aku  cuma insan biasa, yang anggapan kamu, mudah ditunjal-tunjalkan. Jangan biar aku pula menyimpan dendam, biar sekelumit cuma, kerana, aku akan seusahanya menuntut kemusnahan yang lebih dahsyat.







Andai engkau, wahai si empunya hati di seberang sana, niatmu sekadar mengajak ke permainan cuma, hentikan! Aku orang yang salah untuk ditarik bersama-sama angan palsu kamu. Aku terlalu lemah untuk memulakan sebarang langkah. Bukan maksudku, rebah sebelum berjuang, tapi itu sebagai langkah untuk berjaga-jaga. Resah jikalau aku terbawa-bawa dalam mainan ciptaan kamu, aku bakalan hancur. Terus tak mampu kukutip sisa-sisa rebahku itu.














F cakap :

Yang pasti, bukan ubat gegat.

No comments: