Friday, April 22, 2011

Menjahanamkan.

Siapa sangka, niat asal yang kepingin mahu membaik pulih alat itu, bertukar menjadi malapetaka pula. Konon-konon, bajet F ada sifat ingin membaiki disertakan tangan yang teknikal, maka si tetikus comel yang berharga RM 25 [sebenarnya kena kencing dengan abang-abang kat PC Fair 2009, sebab tengok kat gerai lain, harga dalam RM10- RM15 je], berjaya dijahanamkan dengan jayanya.





Apa-apa pun, terima kasih sayang, kerana telah berjasa dan berbudi yang tak terhingga kepada empunyamu ini. Tanpa ragu, engkaulah TETIKUS TERBAIK!!







Mahu meminang tetikus yang baru, tapi malangnya, lagi sebulan bakal ketemu sama PIKOM PC Fair 2011 yang seterusnya.













F cakap :

Ada sesiapa nak bagi tetikus comel tak??

No comments: