Saturday, April 2, 2011

KFC Krushers di KFC East Coast Mall

Kisah dua hari lepas. Lepas periksa Bahasa Melayu untuk Sains, terus gatal perut nak keluar makan KFC. Dengan alasan, warna kerusi di dewan peperiksaan Kuliyyah of Allied Health Sciences, seakan-akan cheesy wedges yang menggiurkan, padahal aku selalu beli wedges kosong, suci daripada sebarang sos mayonis dan keju. (-_-'')







Nak dijadikan cerita, rupanya, di kaunter KFC itu, dibukanya lagi satu kaunter KFC Krushers. Hisyh, menyesal tak ambil gambar kaunter tuh pulak, sebab nampak unik. Dibelikan untuk diri sendiri KFC Krushers Oreo. Hurm, rasanya akak tu campur dengan coklat kot, maka hilanglah keaslian rasa sebenar Oreo.







Oh, maaf, tak dapat nak lari daripada terbandingkan dengan McDonald's Oreo McFlurry. Hah, padahal kurang sama, satu guna aiskrim campur biskut Oreo, satu lagi guna ais kisar campur coklat campur biskut Oreo.








Mengidam benda alah ni dari tahun lepas lagi. Baru tahun ni, dapat merasa. Tapi..hurmm..itulah. Biasa-biasa aja deh.




KFC Krushers Oreo : RM 4.95 [ala carte]
tidak termasuk cukai kerajaan 6%.








F cakap :

Sila sambung belajar.
Oh, jangan stres ya.

6 comments:

Cik NurulZaty said...

sy stress sudah...huhu

nak mkan bnyk2 ..

bwa sy mkn tmpat sdap2 jom..huhu

Osman said...

Woah ! Nak try lah nanti :D

Nies Hanna said...

lepas ni f nak kuar kena inform..leh tapau..haha

Roxy zai said...

sedappppppppppp!!!^_^

Azreen Zunairah said...

dari dulu nak rasa krusher nieyh..tp sampai skang x dapat2..sob3

kumfye said...

izzit nice?? seems like Mcflurry is better

thefye.com