Sunday, April 3, 2011

Kempunan.

Satu hari di hari minggu, lebih spesifiknya, hari Ahad, yang bersamaa dengan 20 Mac 2011, seorang kanak-kanak besar mengidam nak makan kek Chocolate Indulgence yang dibuat oleh Secret Recipe. Maka, dia tidak kisah untuk berbelanja asalkan kek idaman hati masuk ke dalam perut.






Diadukan pada teman-teman sebilik, oh, rupanya mereka juga sama. Seorang juga ingin makan Chocolate Indulgence, seorang lagi mahu kek yang ada mangga. Masing-masing hanya mampu meluahkan rasa dan kempunan kepada satu sama lain.






Dijadikan cerita, salah seorang teman sebilik sanggup menghubungi rakannya untuk membelikak potongan kek-kek idaman kalbu. Kusangkakan, teman sebilik hanya mengirim, rupanya, dia mencari rakan yang boleh menemankannya ke Secret Recipe. Oh, teman sebilikku, daku sayang kamu!!






Sebaik sahaja kek tiba, tak pandang kiri dan kana, terus kulahap dulu tanpa belas kasihan. Maka gambar yang sempat diambil hanyalah sedikit baki yang tinggal. Oh, kejamnya!


TERIMA KASIH SAYANG!!





Sekarang, tengah musim kelaparan akibat tekanan peperiksaan akhir semester dan juga musim ehem-ehem. Kebuluran berkali-kali ganda. Kempunan menjadi-jadi. Alangkah indahnya jika ada yang sudi menunaikan hasrat di hatiku ini. Ahha!












F cakap :

Entri dok asyik pasal makan-makan-makan je.

1 comment:

cik zatil said...

choc indulgence!
best oke!

hi dik F..

:)