Tuesday, April 12, 2011

Hello.

Blog bersawang. Alaa, sekejap je pun. Internet yang agak lembap, ditambah dengan kesibukan peperiksaan akhir semester, memang tinggal harapan je la nak isikan blog ni dengan apa-apa je. Banyak sebenarnya cerita yang nak dikongsikan sama-sama, tapi bila dok main peram je, tak ke basi kan??





Alhamdulillah, 5 subjek peperiksaan telah selamat diduduki. Cuma masa jawab Molecular Cell Biology tu, hati tak tenang macam biasa, resah dan gelisah semacam. Takpela, tinggal nak tawakkal pada Allah je. Dan tinggal lagi satu kertas - Calculus - harapannya, dapat jawab sebaik mungkin.









Hari ni baru mula belajar Calculus, itu pun pergi perpustakaan dan duduk ramai-ramai dengan kawan-kawan. Harapan la kalau nak harapkan F belajar sorang-sorang dalam bilik, sebab walaupun internet lembap, dok sibuk dan rajin tengok drama pulak. Hahaha. Oh, lupa nak cakap, terima kasih kat ahli-ahli kumpulan Calculus F, sebab bantu F daripada serba-serbi KOSONG nak belajar Calculus, sehingga la sampai boleh dah buat latihan. Arigatou-ne, merci boucoup, kamsahamnida, thank you.







Esok, satu keluarga akan bertolak datang Kuantan. Wah, rasa semangat oh nak belajar Calculus dan jawab periksa. Lepas tu, hari seterusnya, selepas peperiksaan Calculus, akan terus meninggalkan bumi Kuantan, dan bergerak ke Kuala Lumpur pulak.













F cakap :

Tergantung.

No comments: