Tuesday, April 5, 2011

Dendam.

Kalau orang tu pernah buang kita dulu, korang rasa patut ke kita terima dia balik?? Yang mana dia pernah tak hiraukan aku langsung?? Masa tu, pointer aku jatuh gila-gila-gila. Dan tiba-tiba, masa tu aku rasa, aku ni macam bawak satu badi kebodohan pulak. Sebab itu je alasan yang aku dapat cipta untuk sedapkan hati aku sendiri, kenapa orang tu jauhkan diri daripada aku. Iyelah, kawan dengan orang bodoh, haruslah jadi bodoh jugak kan? Maka, dia hanyalah bisa bertemankan orang-orang yang berotakkan ala-ala Einstein. Dan semestinya, bukan aku.








Dendam?? Ya dah lama. Aku memang pendendam sikit. Aku ingat je apa yang dia buat. Sambil aku fikir, itu jugak balasan aku khianatkan orang dulu-dulu kan. Tapi kan, kalau orang tu nak dekat kau balik, apa kau nak buat?? Terima je dia bulat-bulat, petak-petak?? Susah la weh.







Aku pernah je, masa sekolah dulu, ada orang minta aku mati cepat-cepat. Ya, mati. Orang tu banyak kali pulak nak jadi kawan kat Muka Buku, dan setiap kali itu jua, aku tolak. Maaf, aku masih tak boleh nak lupakan. Tapi kan, rasanya tak seteruk masa aku tak diendahkan langsung. Kena tinggal hidup-hidup, kena pulau, oleh dia sorang je pun.








Entahla. Susahla jadi aku yang pendendam ni. Aku akan cuba, cuba untuk lupakan. Itu pun, KALAU boleh.












F cakap :

9 hari lagi.

No comments: