Friday, April 22, 2011

Cerita laju-laju.

14.04.2011

Habis periksa akhir Calculus. Ilmu hisab, atau ilmu kira-kira. Tahap kesusahan?? Malas nak cerita, sebab apa yang gwa ingat, nak berseronok sakan cuti hampir 5 bulan. Terus balik ke bilik, kemaskan apa-apa yang patut, sebab keluarga dah menunggu. Tak sempat nak hai-hai-bai-bai dengan kawan-kawan. Terus dipecut ke Kuala Lumpur. Tiba dalam jam hampir 6 petang. Nasib baik, dianugerahkan Internet yang SANGAT laju di rumah Pak Lang.




15.04.2011

Bangun lambat, tapi takda sesiapa yang marah. Hehehe. Tahu-tahu, Kak Long, si sepupu tersayang, tengah siapkan cenderamata untuk tetamu kehormat, dan bersiap nak berinai. Inai cantik untuk dua belah tangan dan kaki, buat kat salon, berkos RM60. Cantik!! Tapi, walaupun inai kat jari tak lama, dah menyebabkan semacam kehitaman. Kesian Kak Long!! Nasib baik dia kool je. Adik-beradik Abah singgah rumah Pak Lang, ketemu sama Opah dan yang lain-lain. Riuh seketika.



16.04.2011

Ammar Aiman demam teruk lagi kuat. Tu tak masuk bahagian yang dia asyik meraung dan hanya mahu ditenangkan Mama. Maka, hanya gwa, Abah dan Adot yang ke majlis akad nikah. Baru kenal setiap proses akad nikah. Rupanya besar tanggungjawab berumah tangga. Tetiba terasa gerun. Kak Long dan keluarga, terbiar jua air mata terharu mengalir. Alhamdulillah, Baizura sah menjadi isteri kepada saudara Shahfazlan dengan sekali lafaz sahaja.


Tengah hari, terus dilangsungkan majlis resepsi. Dewan terhias cantik dan indah. Sumpah, gwa terpegun. Masa tu, Mama gagahkan diri mengikut, dengan Aiman dipangku enak. Tak sesal langsung gwa memilih untuk ke majlis tersebut. Kenapa?? Gwa dapat melihat dengan mata sendiri, indahnya ikatan darah kekeluargaan sebelah Abah. Hampir semua saudara-mara hadir, gwa pun hampir tewas untuk mengerah air mata dialir, disebabkan suasana kekeluargaan yang ada.




17.04.2011

Aiman dah dibawa ke klinik berdekatan malam sebelumnya. Disahkan demam, mungkin juga sebab giginya bakalan tumbuh, mungkin juga sebab ITU. Pagi itu, dirancang ke Plaza Sungei Wang bersama Abah, Iwan, Adot dan Mak Lang sebagai penunjuk arah. Alahai, mencari sepasang kasut untuk si teruna, hampir saja buat belakang gwa mahu patah. Serius!! Hampir habis satu plaza dijelajahi.


Sebaik pulang, Aiman telah bertambah baik. Ah, gelak tawanya, benar-benar melegakan gwa. Harus terus bergerak ke rumah Pak Chu dan Mak Su pula. Dijamu selera dengan ikan bawal goreng dilapisi salad dan diletakkan sos, pecal!!!, gulai tempoyak bersama tauge dan udang, serta ayam goreng. Makan tidak bertambah, tapi gwa sempat meratah lauk-pauk. SEDAP!!



18.04.2011

Ke Mid Valley lewat petang. Cari-cari baju Angah, makan fruit tart Delifrance, roti-roti sedap La Boheme, oh sungguh meliurkan wahai Pretzel Stix Eclairs cap Auntie Anne's, takoyaki depan Jusco [sampai sekarang gwa dok teringat-ingat], sangat NIKMAT ouh!! Abah, Iwan dan Abg Shah lawan boling, yang mana telah dimenangi Abg Shah. Hahahaha. Balik hampir jam 9, makan lagi. Nasi berlaukkan daging goreng pedas, rojak sedap. Tak lupa cendol yang sangat best!!




19.04.2011

Bertolak pulang. Memilih untuk bergerak jam 9.30, sangkakan jalan tidak akan kenal apa itu sesak. Jangkaan meleset. Hampir 1 jam, dari BTS, hanya untuk sampai ke Ampang. Gwa jadi peneman Abah memandu sepanjang perjalanan, mata amat kantuk, tapi ditahankan juga, demi Abah. Hehehe. Setibanya di Kelantan tercinta, haruslah disinggah tempat Angah di Pasir Puteh, lepaskan rindu. Hehehe.













Itu je. Cerita ala kadar. Kalau ada kerajinan di masa mendatang, adalah keluar cerita lebih jelas. Selamat jalan, Romeo!!












F cakap :

Hurmm..

2 comments:

Cik NurulZaty said...

waaa~~

slamat pngtin bru kt spupu awak tu ea


errm..:)

SyerAgh said...

mebaca laju2 disinie~ hehe