Tuesday, March 29, 2011

Tenang.

Baru lepas borak dengan Abah. Aku dengan Abah, hah, memang rapat, tapi bukan bermakna aku tak rapat dengan Mama. Cuma, aku lebih digelar sebagai Anak Abah sedari kecil, maka hubungan memang utuh. Hahaha, kan Abah kan?? Kalau Abah datang sekolah, orang yang buat pertama sekali terlihatkan Abah sekali pun, terus dapat mengesan, "Oh, itu Abah Fikah."







Aku serabut, sedih dan tak puas hati hari ni. Semua pasal hostel, tapi aku malas nak fikir, tapi nak tak nak, balik-balik, ligat tangan aku menconteng nota Biochemistry itu, minda aku tetap terkenangkan permasalahan itu. Ah, biarkan!






Kerap Abah menelefon hari ini. Asal daripada aku yang ingin mengadu nasib kepada beliau, terus-terusan beliau menghubungi aku tanpa henti, bagi memastikan aku kurang tekanan. Almaklumlah, sekarang musim peperiksaan, apa-apa gangguan sahaja, bakal membawa aku jauh daripada matlamat asal. Abah, kali ni, tidak banyak mengusik, apatah lagi menyakat, ketahuan kondisi aku bukan bersedia menerima sebarang gurauan.






Borak dengan Abah lewat Maghrib tadi, Abah acapkali meninggalkan pesan, 'jangan serabut', 'jangan tertekan', 'tenang saja' dan 'fokus pada periksa dulu'. Cuak andai kata aku bakal menumpahkan air mata, lantaran aku mudah terpecahkan empangan air mata tatkala dengan keserabutan melanda.






Teringat jua usaha Abah untuk membuat perancangan dengan datang ke Kuantan, pada hari terakhir peperiksaan nanti. Katanya, mahu bantu aku mengangkut barangan sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur. Berjalan atau tidak perancangan itu, aku serahkan kepada Tuhan, tetapi usaha Abah tak sia-sia, untuk sekurangnya untuk buat aku rasa sangat lega. Dan tenang.








Oh Allah, apa-apa yang terjadi hari ini, menyedarkan aku, bahawa aku punya mereka yang sayang akan aku. Terima kasih oh Allah, pemberian-Mu yang terbaik, bernama ibu dan ayah.













F cakap :

Malam ini, diet tanpa nasi waktu makan malam, bakal berakhir.
Salahkan rumet-rumet aku, Sofiyyah dan Naimah, yang menggoda dengan nasi goreng.
Oh, Hanna dikecualikan seketika kerana beliau ke kelas subjek Anatomi.
Ish, korang baik sangat, macam mana la aku nak hidup tanpa korang?

1 comment:

Sogeking Kun said...

ayah aku dulu pun pernah datang u aku masa aku tengah serabut kepala nak exam. dia cakap "belajar je setakat mampu, buat je setakat yang boleh. biar la pointer brape pun, asal grad sudah!" haha