Tuesday, March 29, 2011

Tak puas hati.

Aku sedih sangat ni, lebihla daripada tak puas hati. Dua minggu lepas, kawan kepada kepada kawan dah tanya awal-awal, di ofis, benar ke tak kami kena pindah, jawab TAK. Alik-alik sekarang dah lain cerita pulak. Kan bagus konfem awal-awal, sebab masa tu sekurangnya, ada la jugak usaha aku nak balik rumah ke apa kan, boleh angkut separuh barang-barang.






Lagi sedih, kalau ditakdirkan tukar bilik dan dapat rumet baru, macam mana aku nak kena ambil masa jadi kamceng macam aku dengan rumet-rumet aku sekarang, kitorang ni dah rapat dah ni. Walaupun bilik aku memang nun jauh di puncak tingkat empat, tapi tak pernah aku rasa hepi lalala tiap kali aku mendaki tangga dengan penuh semput lagi.





Ohey, baik, air mata dah meleleh. Sumpah sedih okey? Frust pun ada. Nak mengadu kat Abah, rasa serba-salah pulak, sebab hari tu, beria-ia cakap tak payah pindah. Oh, kesiannya kat Abah dan Mama, kena fikir balik macam mana nak angkut harta benda anak besar ni kan.






Oh, Srii, kang tak pasal-pasal, hal ni jadi salah satu alasan aku jalankan balik kerja gila tu.













F cakap :

Cakap lebih-lebih kang, kata aku ni apa pulak.

No comments: