Wednesday, March 30, 2011

Oh, BM.

Esok periksa BM. Bahasa Melayu for Science. Jangan main-main, kami budak-budak Biotek ni, memang kena belajar BM weh. Seronok la jugak bila ada yang ada bakat nak bermadah masa dalam kelas.


Nostalgia :


Hari ini saya akan sampaikan ucapan yang bertajuk "Takkan Melayu Hilang di Dunia."
Ehem..ehem.. takkan Melayu hilang di dunia..bermaksud, Melayu memang takkan hilang dari dunia. 
Kesimpulannya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia."
Sekian, terima kasih.




Oh, dan pembentangan BM yang F paling seronok, sebab walaupun buat saat-saat terakhir, alhamdulillah, kami dapat buat sehabis baik, biarpun lidah serius terbelit sakan sebab dah terbiasa guna terma-terma bahasa Inggeris kan??









Cuak?? Ada la sikit. Sebab tak habis stadi. Setakat buat latihan dengan tunggang-langgangnya, memang tak cukup. Ilmu kena ada, fakta kena tepat. Kalau tak, memang ke laut, pergi menangkap ikan. EH, apakebenda dah melalut ni??








Ada dekat 23 fail slaid Power Point yang nak kena khatam sebelum jam 2.00 petang esok. Sebab periksa pukul 3, takkan la pukul 3 baru nak habis stadi kan?? [oh, ini mungkin entri terakhir hari ni kot, hahaha]. F, kalau takde orang perhatikan masa stadi, memang tak sah. Semalam, rumet-rumet baik hati, tolong supervise kan F stadi, dari pukul 11 malam sampai pukul 1 pagi. Walaupun penuh selingan yang merapu, walaupun pukul 12.30 dah merengek, kata mata mengantuk. Hari ni, tak berapa jalan sangat sebab cuaca mendung, maka semua orang muka mengantuk je kerja. Hahaha.








Buku teks comel tu, ambil daripada cik Zaty, yang mana asalnya F nak pinjam buku dia, tapi buku dia lesap dan menghilangkan diri, maka dipinjamkan buku Nurul Hakimah Azizan. Hah, amek nama Kim panjang lebar. Kecil bukan sebarang kecil, kecil jangan disangka anak, sebab buku penuh info tahu?? Nak harapkan nota F yang berterabur tuh, kirim salam sajalah, memang nak tengok pun dah rasa tak larat.






Mood stadi kureng sikit hari ini, sebab gigi geraham belah dalam mulut ni, dok sengal-menyengal sejak 3,4 hari dah. Kejap baik, kejap tak. AH! Suka hati la. Asal mata okey, dan otak tak sewel, itu semua sudah cukup buatku.







Sampai di sini sahaja coretan saya buat anda semua. Jangan rindu saya, ya, saya tahu anda tak rindu saya, melainkan saya je yang kepoyoan merindui Aiman dan keluarga di rumah.












F cakap :

Hilang.

2 comments:

kim said...

o_O ade name sy hehehe

kim said...

o_O ade name sy hehehe