Thursday, March 31, 2011

Mama, along sakit. :'(

Kaki kiri aku sakit sangat-sangat-sangat. Dua koyok dah tampal, minyak Mestika dekat suku botol aku habiskan gosok kat peha, spesifiknya. Aku dah selalu dan memang biasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh kaki ni. Kepala lutut pun kadang-kadang sakit sampai aku nak buang kepala lutut tu. Eh, F, sila bersyukur sikit.










Biasanya, aku tahan je sakit. Tapi kali ni, emo musim periksa punya pasal, terus mengada nak mengadu kat Mama. Dulu-dulu, masa aku sekolah rendah, masa darjah lima, aku balik daripada latihan sukan lompat tinggi. Kaki sakit toksah cerita, memang seksa. Oleh sebab Mama aku kerja sampai petang, maka malamlah naru dapat bermanja.







Malam tu, Mama aku urut. Sakit?? Tak payah cerita. Dok tahan je waktu Mama aku gosok dua-dua belah kaki aku. Alhamdulillah, berkat sentuhan ibu, memang mujarablah. Harharhar.Maka, sekarang, aku rindu Mama, walaupun jam 10 tadi aku dah borak-borak dengan Mama.







Tapi aku borak kejap. Gila kedekut takut habis kredit. Ah, takdelah, aku takut aku nanges. Kang dah tak macho. Sebenarnya, eksaited telefon Mama, pasal nak cerita, yang anak sulung lagi mudah kena alergi makanan segala, yang merujuk kepada aku la. Siapa lagi.







Oh, tak sabar tunggu periksa berakhir. Dapat jumpa keluarga, kecuali Angah, sebab dia kena praktikal 6 minggu, mula 9 April ni. Aduhai, peha aku sakit lagi oh. Ala-ala nak kejang pun ada. Bak kata rumet aku, agaknya tu tanda-tanda badan suruh tidur. Baik. Maka aku nak tidur.













F cakap :

Doakan.

No comments: