Saturday, March 26, 2011

Lawatan dua kanak-kanak ke McDonald's bersama kupon percuma.

Hari Selasa. Dijanjikan jam 8.30 pagi. Akhirnya, pukul 9.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak gerak keluar. Nasib baik kereta dah sewa. Cuma perlu keluarkan duit, dan cetakkan kupon sahaja.






F dan Mira. Seorang hanya memberus gigi dan mencuci muka, oleh sebab tudungnya semua dah dibasuh, selendang ditibainya. Seorang lagi, bangun lambat, tapi sempat bersihkan diri. Pakaian tak nak kalah.







Kami bergerak ke restoran McDonald's, di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Iyelah, dah nama pun duduk Pahang, mestilah pergi ke McDonald's di Pahang. Perjalanan lancar sebab masih awal pagi, biarpun dah jam 9. Disambut dengan rintik-rintik kecil gerimis sebaik tiba di kawasan pantai Teluk Cempedak.








Segera masuk. Cepat-cepat beratur. Orang memang dah memenuhi dalaman restoran. Hampir semua kulihat, ada memegang kupon yang sama. Okey. Maka hilang cuak, sebab ingat kami sahaja yang bawak printed coupons. Hehehe. Tapi tak kisah pun, sebab tujuan utama kat situ, nak sarapan pagi. Dapat guna kupon atau tidak, itu belakang cerita.








Sampai giliran, dua-dua tamak. Tak mahu guna satu kupon sahaja, maka haruslah habiskan dua kupon yang dicetak. Tapi perlu membeli juga sesuatu yang berharga RM5, Mira dengan 2 potato hash brown nya, F dengan ala carte hotcakes.








Dan empat - EMPAT - 4 McDonald's Big Breakfast sets untuk kami berdua sahaja. Huahahahaha. Ketamakan melanda.


Tinggal satu sahaja,  atas itu saya punya, 
sebab satu sudah diberi kepada MahSeri
satu lagi Mira punya 
dan satu lagi yang Mira punya 
haruslah diberikan kepada yang tersayang.






Anda mahu mendapatkan 2 set Big Breakfast secara percuma?? Begini caranya. Klik 'Like' pada page McDonald's Malaysia dan muat turun gambar yang disediakan di situ. Tetapi apabila kupon ditunjukkan, anda harus membeli sesuatu dengan minimum RM5 dalam satu resit supaya anda dapat mengenyangkan perut anda dengan jayanya. SEHINGGA 31 MARCH 2011 SAHAJA TAU!!!!!

Oh!! McDonald's sangat sayangkan anda!!







Oh, jangan muat turun di sini ya, saiz gambar ini lebih kecil, akan menyebabkan resolusinya menurun dan apabila dicetak, oh sungguh tak jelas oh.









Sebab kami tak mampu nak cetak dalam warna, maka kami mengikut cadangan mereka, untuk mencetak dalam hitam putih sahaja. (-_-'')

Sebab mereka suruh muat turun, maka F muat turun lah. 
Dah cuba 'Save Image as', tapi tak keluar pulak imejnya.










p/s : Ada pelanggan mengadu di page McD, bahawa ada sesetengah outlets tidak menerima kupon yang dicetak, dan ada juga tak menerima cetakan kupon warna hitam putih. Maka F telah mengambil inisiatif dengan Mira, untuk menghubungi dulu McD di Teluk Cempedak untuk bertanyakan hal berkenaan. Dan mereka boleh menerima kupon hitam putih. YEAY!! Sila semak nombor telefon outlet terdekat anda di sini.





TERIMA KASIH MCDONALD'S!!




Gambar diambil menggunakan fungsi kamera 3MP Sony Ericsson W508.











F cakap :

Kerja gila di pagi hari Selasa.

No comments: