Sunday, March 27, 2011

Kerja gila.

Dua tiga hari ni, aku serabut. Ya, dengan exam. Sebab aku tak tahu macam mana nak mulakan, dengan apa nak mulakan. Momentum yang super lembab, sumpah aku rasa nak cari je minyak hitam 3, 4 tong ke, bagi aku minum sikit biar ada momentum. Baik, sangat tak lawak.






Pabila aku tengah serabut dan rasa malas nak belajar, macam-macam fikiran dan idea GILA datang dalam minda. Oh, bukan aku tak sekat, tapi yang GILA ni tetap nak kacau hidup aku. Tolonglah!! Aku nak belajar okey??








Kerja gila yang bakal menjatuhkan rahang mulut ibu bapa aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Tapi aku tak nak cakap apa-apa sekarang, nanti tak kezutan you. Apa-apa pun aku kena solat istikharah dulu, pohon kekuatan daripada Allah S.W.T. untuk bagi petunjuk sebenar arah hidup aku.








APA??!! Kahwin???!! Ya, itu memang dalam perancangan hidup aku pun. Tapi itu belum namanya GILA lagi. Yang GILA ni bakal mengubah hidup aku daripada 0 darjah kepada 360 darjah. Keterbalikan besar dalam hidup. Tapi aku perlu petunjuk terlebih dahulu. Tak boleh main hentam keromo saja weh.







Cuti 5 bulan bakal menjelma kurang 3 minggu dari sekarang. Dalam kepala otak aku, dah tertulis macam-macam nak buat, tapi percayalah, memang nak jalankan satu pun, mungkin susah dan sukar. Apa-apa pun, aku nak berGILA dulu dengan kawan-kawan dan saudara-mara sebelum aku buat mana-mana daripada perancangan kepala otak aku tu.







Banyak sangat projek tengah jalan dalam otak ni, sampai Biochemistry dan Molecular Cell Biology tak boleh ikut masuk dalam minda. Sibuk je projek-projek tu semua, padahal aku nak final exam la weh!! Kasi can la sikit kat subjek-subjek penting ni dulu.







Oh, aku GILA berblog, makin dekat nak exam , akan makin menjadi-jadilah GILA aku nak taip entri itu dan ini. Nak draf dan auto-publish, tapi entahlah, malas pun ada. Tengoklah dulu macam mana.













F cakap :

Kahwin bukan kerja gila la.

1 comment:

Cik NurulZaty said...

jom kawen jom fikah jom

jom esok mcd jom

wajib jom ikot jom

aku pun dah nak gila je ni jom