Thursday, March 10, 2011

Itu hanya mimpi, F.

Aku ternampak dia. Tapi dia tak nampak aku. Sekuat mana pun langkah aku cuba menuruti dia, aku tetap ditinggalkan, oleh dia yang mengejar sesuatu apa yang aku sendiri tak pasti. Aku cuba bergerak ke arah bertentangan, dengan sebenih harapan, kami akan bertemu di penghujung jalan itu. Tapi, dia tetap tidak terlihatkan aku.







Maka, aku isytiharkan diri aku, sebangkitnya aku daripada tidur, itu mimpi, F. Dan pada dia, engkau sudah pun lama jadi halimunan. Sebaik engkau bergerak meninggalkan suatu hubungan atas nama persahabatan itu dengan sejuta tanda tanya.








Betapa ironinya hidup aku. Tidak mustahillah kenapa aku belum ketemukan dia lagi. Rupanya, sudah betanda noktah dan bernama penamat buat kita kan?












F cakap :

Separa sedar.

1 comment:

saya_arief said...

siapa F..?
fahrin ahmad..?
fasha sandha?