Tuesday, March 1, 2011

Hidup saya.

Semalam, baru lepas hantar kertas kerja Islam, Knowledge and Civilization. Lega. Dah selesai satu kerja. Tapi ada bertimbun-timbun lagi menunggu. Kertas kerja Bahas Melayu, pembentangan Bahas Melayu, kertas kerja dan pembentangan Biostatistics, dan juga peperiksaan akhir semester yang tinggal lagi 30 hari bakal menjelang. Cuak.







Itu bab belajar. Bab-bab lain, nak bagi tau bahawa F tengah mengalami konflik emosi diri. Emosi sangat tak stabil. Pantang duduk sorang-sorang, termenung jauh, mata dah berair. Haisyh. Tak kuat rupanya. Tapi huha-huha kenala macam biasa bila kawan-kawan keliling pinggang. Baru kurang stres.







Perasaan terhadap Mr New Crush makin berkurang. Parah, dia jatuh pangkat kepada hanya seseorang yang saja-saja F nak usha je. Mr Good Luck pun sama. Dalam makmal hari tu je buat F senyum. Lepas tu, jumpa mana-mana di antara keduanya, langsung tak rasa apa-apa. Parah. Rupanya, rindu Mr Old Crush balik. Bukan rindu cintan-cintun, tapi rindu nak ada orang yang selalu bercerita tentang kehidupan dia, sangat menghiburkan. Juga sanggup mendengar tanpa jemu. Nasihat bertimpa-timpa lagi.






Nak layan cerita, lagu, video Korea pun dah malas. Agaknya, F sedang melepasi fasa-fasa obses Korea. Layan-layan jugak, terutama bila mp3 dicaj penuh, layankan saja jadi halwa telinga. Buat peneman. Tapi sudah tak segila dulu. Kan F dah cakap, itu hanya fasa kan? Tak mustahil pun kalau fasa itu berlalu lantas terus berakhir. Tapi ada orang buat main je apa yang F cakap tu. Lantak korang lah.






F makin sombong. Egois. Degil. Iya, itu saya. Itulah F. Ada sebab di sebalik F menjadi sombong, egois dan degil. Sebab sekeliling mungkin. Konflik diri dan emosi juga. Mungkin sebab kamu??












F cakap :


Terima kasih kerana selalu ada tika aku perlu kamu.

1 comment:

Cik NurulZaty said...

dear..jgn sombong2 la ngn i..
huhu