Tuesday, March 15, 2011

Demam

Itu semua cerita semalam. Bermula dengan selesema kecil, lantas merebak jadi bersin tanpa henti. Melarat. Telan 2 biji Paracetamol, tapi tak ada kesan. Benar, kuasa penyembuh itu hanya pada Allah Maha Besar.






Sempat kemam gula-gula Wood's. Ikut kata Mai, boleh legakan hidung yang tak habis-habis berair. Alhamdulillah, lega seketika, sehinggalah masuk ke kelas BM. Memang makin parah pula jadinya. Bersin yang kuat, samapi tak disangka, tertarik perhatian cikgu. Maaf ya, cikgu.







Berjalan kaki pulang ke asrama. Peluh keringat yang konon-konon basahnya seperti baru bermarathon, sedikit mengurangkan impak panas demam. Balik ke bilik, semput. Mengantuk pada masa yang sama. Usai solat Isyak, 1 biji lagi Paracetamol ditelan, dengan tambahan 1 biji Actifed. Ubat selesema yang bakal beri kesan mengatuk teramat tanpa belas kasihan. Terus lena sehingga jam 5.







Tak mengapa, apalah sangat ujian demam ni nak dibandingkan dengan rakyat-rakyat Jepun yang sudah hampir kehilangan segalanya, baik rumah, harta benda, dan paling penting, ahli keluarga serta sanak saudara. Sekurang-kurangnya, aku boleh bernafas lega, menghembus udara pagi segar di Kuantan ini, sedangkan nun jauh di Jepun?? Subhanallah. Kuasa Allah semua itu.






Aku tak bimbang, kerana Jepun pasti bisa bangkit kembali. Seperti mana mereka pernah bangkit dari debu-debuan Hiroshima dan Nagasaki suatu ketika dulu, tidak mustahil mereka mampu kembali bangun dan menakluki dunia kembali.








Doaku dari jauh, Jepun, kuatlah!! Kau pasti boleh tempuhi semua ini. Kau kuat, kau optimis, satu semangat yang aku kagumi.









* Demam ini barangkali dijangkiti si Angah, ketika pulang ke rumah hujung minggu lepas. Ditambah dengan sejuk penghawa dingin di dalam bas, menurut rakan-rakan, memburukkan lagi keadaan. Tapi, alhamdulillah, hari ini bangun dengan kepala yang ringan, hati yang tenang.














F cakap :

Aku pun seorang manusia juga.

2 comments:

saya_arief said...

sangat-sangat seksa ketika demam.
:D


JOM JOIN CONTEST DIALOG MISZNORUL

joninel said...

nice to know your blog :)