Tuesday, March 29, 2011

Biarkan.

Terbaca satu entri pasal suruh confess. Entri yang mana?? Ah, itu kerja korang cari sendiri. Terasa jugak aku sebab aku bukan jenis yang sanggup mulakan langkah pertama, apatah lagi nak disuruh buat pengakuan berani mati. Hoooo. Itu bukan aku. Panggillah aku penakut atau pengecut, aku dah tak kisah.








Apa-apa aku nak buat pada Mr Crush, memang berjuta-juta kali aku akan fikir, rasional atau tidak, logik atau tidak. Kalau pun perlu aku berkomunikasi dengan Mr Crush, itu dibuat dalam keadaan aku separa sedar atau aku memang dah hentikan degupan jantung aku seketika. Kalau tak, haram satu benda pun tak jalan.








Orang cakap, aku akan menyesal kalau aku tak confess awal-awal. So what if I don't confess?? Masalah apabila kitorang memang tak berjumpa dah. Lama dah. Memang aku biarkan je, dan langsung tak ada usaha aku untuk berjumpa. Biarpun jauh di sudut hati aku, aku nak sangat jumpa dia. Tapi aku bolayan kan saja. Eloklah dalam keadaan aku sekarang. Bolehlah aku usha orang lain kan kan kan?? Hahaha.









Bab aku menyesal?? Ya, aku dah lama menyesal pada saat aku tersuka dia. Maaflah, sebab aku rasa aku macam dah musnahkan satu hubungan atas nama persahabatan kitorang pulak kan. Siapa sangka kan?? Padan la muka aku.









Perjalanan aku masih panjang, begitu juga dengan dia. Aku tak nak aku ambil langkah seterusnya dengan menjalinkan hubungan atas dasar ehem-ehem, korang faham-fahamlah sendiri, tapi aku main-main. Aku takut aku tak serius dan tak bersedia dengan sebarang komitmen. Hah, dah jadi serius pulak bunyinya.








Aku banyak impian, salah satunya aku nak buat kerja gila aku tu. Tapi kang nanti kena sound dengan Srii lagi, sebab dia berjaya teka dengan jayanya kerja gila aku itu. Hisyh. Mungkin kensel la kot kerja gila tu, aku buat kerja gila lain pulak. Aku nak jayakan setiap impian aku, I want to get serious. I'm already 21, and I'm not getting any younger anymore. Itu sebab aku fikir, aku kena buat apa yang aku memang impikan nak buat.








Terima kasih juta-juta sebab ramai orang buat aku tersenyum lebar sampai mulut aku dah rasa nak terkoyak ni.



Mira 
Zaty 
Ety 
Mai 
Anna 
Srii 



dan sesiapa saja yang buat hati aku girang dan riang sentosa sepanjang hidup aku ni. Tak terbalas jasa dan budi korang.













F cakap :

Sayang semua.
Tapi sayang keluarga aku lebih la.
Hahaha.

No comments: