Thursday, March 31, 2011

Cara kawan-kawan saya hilangkan stres.

Hai, Assalamu'alaikum. Nama saya Afiqah. Nama panjang sikit Fikah Mus. Boleh panggil saya F. Impian saya nak kahwin dengan Shim Changmin, yang mana saya tahu, itu kedengaran sangat mustahil. Dan mungkin orang menganggap saya seorang peminat yang berlebihan, fanatik dan obses. Yang mana saya tak kisah pun orang cakap apa.











Saya tengah gelak guling-guling sorang-sorang sebab kawan-kawan saya memang tahu cara untuk buat kami hilang stres musim periksa ni. Baiklah, saya dah penat, maka saya nak tidur. Entah berapa kali dah dok ulang ayat nak tidur ni??








Cara hilang stres :


Tukar gambar profail anda di Fesbuk kepada:



Sekian.











F cakap :

Jangan stres-stres ya!!

Happiness overloaded.

Now, I have a strong and solid reason to stay single. Why?? Because I am blissful enough from seeing and sharing other's happiness. Yes, Angah. This one goes for you, though I don't even know when you would be reading this.






O Allah, thanks for the happiness that You have blessed upon her. I pray to you, hers would last until death shall do them apart. Protect them, o Allah, from anything.








I'm glad she found the love of her life [insya-Allah]. The one who thinks of the future, and even takes care of it. Thank you for coming into my sister's life, and please, do not ever cross the line. Do not ever break her heart, too. I'll hunt you to the end of the world if you ever think of that. You'll be together till the end of time, insya-Allah.









I just can't stop smiling all the time, since last night. It's a good thing that I texted her so randomly, and now, I'm just too happy. I start to forget my eagerness to get married early *coughs*, I start to get over the past love and crushes, that's all thanks to HER. I'm grateful to you, o Allah for this happiness. Wishing that this would be never ended.













F says :

I'm in love.

Terkilan.

Terkilan jugak kan, pabila orang yang kita sayang [rasanya sayang kot] tak faham, salah faham dan tak nak faham kita kan??






Serba-salah jadinya pabila apa-apa yang kita buat jadi tak kena dan nampak tak kena pada pandangan mata dia.










Cepatlah habis periksa ni. Aku dah cukup terseksa.










Angah, Along rindu kamu. D':














F cakap :

Jangan kisah.

Mama, along sakit. :'(

Kaki kiri aku sakit sangat-sangat-sangat. Dua koyok dah tampal, minyak Mestika dekat suku botol aku habiskan gosok kat peha, spesifiknya. Aku dah selalu dan memang biasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh kaki ni. Kepala lutut pun kadang-kadang sakit sampai aku nak buang kepala lutut tu. Eh, F, sila bersyukur sikit.










Biasanya, aku tahan je sakit. Tapi kali ni, emo musim periksa punya pasal, terus mengada nak mengadu kat Mama. Dulu-dulu, masa aku sekolah rendah, masa darjah lima, aku balik daripada latihan sukan lompat tinggi. Kaki sakit toksah cerita, memang seksa. Oleh sebab Mama aku kerja sampai petang, maka malamlah naru dapat bermanja.







Malam tu, Mama aku urut. Sakit?? Tak payah cerita. Dok tahan je waktu Mama aku gosok dua-dua belah kaki aku. Alhamdulillah, berkat sentuhan ibu, memang mujarablah. Harharhar.Maka, sekarang, aku rindu Mama, walaupun jam 10 tadi aku dah borak-borak dengan Mama.







Tapi aku borak kejap. Gila kedekut takut habis kredit. Ah, takdelah, aku takut aku nanges. Kang dah tak macho. Sebenarnya, eksaited telefon Mama, pasal nak cerita, yang anak sulung lagi mudah kena alergi makanan segala, yang merujuk kepada aku la. Siapa lagi.







Oh, tak sabar tunggu periksa berakhir. Dapat jumpa keluarga, kecuali Angah, sebab dia kena praktikal 6 minggu, mula 9 April ni. Aduhai, peha aku sakit lagi oh. Ala-ala nak kejang pun ada. Bak kata rumet aku, agaknya tu tanda-tanda badan suruh tidur. Baik. Maka aku nak tidur.













F cakap :

Doakan.

Wednesday, March 30, 2011

Oh, BM.

Esok periksa BM. Bahasa Melayu for Science. Jangan main-main, kami budak-budak Biotek ni, memang kena belajar BM weh. Seronok la jugak bila ada yang ada bakat nak bermadah masa dalam kelas.


Nostalgia :


Hari ini saya akan sampaikan ucapan yang bertajuk "Takkan Melayu Hilang di Dunia."
Ehem..ehem.. takkan Melayu hilang di dunia..bermaksud, Melayu memang takkan hilang dari dunia. 
Kesimpulannya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia."
Sekian, terima kasih.




Oh, dan pembentangan BM yang F paling seronok, sebab walaupun buat saat-saat terakhir, alhamdulillah, kami dapat buat sehabis baik, biarpun lidah serius terbelit sakan sebab dah terbiasa guna terma-terma bahasa Inggeris kan??









Cuak?? Ada la sikit. Sebab tak habis stadi. Setakat buat latihan dengan tunggang-langgangnya, memang tak cukup. Ilmu kena ada, fakta kena tepat. Kalau tak, memang ke laut, pergi menangkap ikan. EH, apakebenda dah melalut ni??








Ada dekat 23 fail slaid Power Point yang nak kena khatam sebelum jam 2.00 petang esok. Sebab periksa pukul 3, takkan la pukul 3 baru nak habis stadi kan?? [oh, ini mungkin entri terakhir hari ni kot, hahaha]. F, kalau takde orang perhatikan masa stadi, memang tak sah. Semalam, rumet-rumet baik hati, tolong supervise kan F stadi, dari pukul 11 malam sampai pukul 1 pagi. Walaupun penuh selingan yang merapu, walaupun pukul 12.30 dah merengek, kata mata mengantuk. Hari ni, tak berapa jalan sangat sebab cuaca mendung, maka semua orang muka mengantuk je kerja. Hahaha.








Buku teks comel tu, ambil daripada cik Zaty, yang mana asalnya F nak pinjam buku dia, tapi buku dia lesap dan menghilangkan diri, maka dipinjamkan buku Nurul Hakimah Azizan. Hah, amek nama Kim panjang lebar. Kecil bukan sebarang kecil, kecil jangan disangka anak, sebab buku penuh info tahu?? Nak harapkan nota F yang berterabur tuh, kirim salam sajalah, memang nak tengok pun dah rasa tak larat.






Mood stadi kureng sikit hari ini, sebab gigi geraham belah dalam mulut ni, dok sengal-menyengal sejak 3,4 hari dah. Kejap baik, kejap tak. AH! Suka hati la. Asal mata okey, dan otak tak sewel, itu semua sudah cukup buatku.







Sampai di sini sahaja coretan saya buat anda semua. Jangan rindu saya, ya, saya tahu anda tak rindu saya, melainkan saya je yang kepoyoan merindui Aiman dan keluarga di rumah.












F cakap :

Hilang.

Tuesday, March 29, 2011

Tenang.

Baru lepas borak dengan Abah. Aku dengan Abah, hah, memang rapat, tapi bukan bermakna aku tak rapat dengan Mama. Cuma, aku lebih digelar sebagai Anak Abah sedari kecil, maka hubungan memang utuh. Hahaha, kan Abah kan?? Kalau Abah datang sekolah, orang yang buat pertama sekali terlihatkan Abah sekali pun, terus dapat mengesan, "Oh, itu Abah Fikah."







Aku serabut, sedih dan tak puas hati hari ni. Semua pasal hostel, tapi aku malas nak fikir, tapi nak tak nak, balik-balik, ligat tangan aku menconteng nota Biochemistry itu, minda aku tetap terkenangkan permasalahan itu. Ah, biarkan!






Kerap Abah menelefon hari ini. Asal daripada aku yang ingin mengadu nasib kepada beliau, terus-terusan beliau menghubungi aku tanpa henti, bagi memastikan aku kurang tekanan. Almaklumlah, sekarang musim peperiksaan, apa-apa gangguan sahaja, bakal membawa aku jauh daripada matlamat asal. Abah, kali ni, tidak banyak mengusik, apatah lagi menyakat, ketahuan kondisi aku bukan bersedia menerima sebarang gurauan.






Borak dengan Abah lewat Maghrib tadi, Abah acapkali meninggalkan pesan, 'jangan serabut', 'jangan tertekan', 'tenang saja' dan 'fokus pada periksa dulu'. Cuak andai kata aku bakal menumpahkan air mata, lantaran aku mudah terpecahkan empangan air mata tatkala dengan keserabutan melanda.






Teringat jua usaha Abah untuk membuat perancangan dengan datang ke Kuantan, pada hari terakhir peperiksaan nanti. Katanya, mahu bantu aku mengangkut barangan sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur. Berjalan atau tidak perancangan itu, aku serahkan kepada Tuhan, tetapi usaha Abah tak sia-sia, untuk sekurangnya untuk buat aku rasa sangat lega. Dan tenang.








Oh Allah, apa-apa yang terjadi hari ini, menyedarkan aku, bahawa aku punya mereka yang sayang akan aku. Terima kasih oh Allah, pemberian-Mu yang terbaik, bernama ibu dan ayah.













F cakap :

Malam ini, diet tanpa nasi waktu makan malam, bakal berakhir.
Salahkan rumet-rumet aku, Sofiyyah dan Naimah, yang menggoda dengan nasi goreng.
Oh, Hanna dikecualikan seketika kerana beliau ke kelas subjek Anatomi.
Ish, korang baik sangat, macam mana la aku nak hidup tanpa korang?

Recommended : Grilled Chicken with Black Pepper Sauce at GIANT Food Court

It was a day after our trip to McDonald's. The sudden urge of going out just came into my mind, well, at that time, I just didn't care wherever to go, as long as I could just unwind. Discussion's done, car's rented, there we went. As usual, Mira drove us, with Faie as her co-driver.









As soon as we reached GIANT Hypermarket, without taking a glance to any other place, we went straight away to the food court, and to be exact, the western food stall. My oh my, the prices were slightly increased from before, but, there were we with hungry stomach, we placed the order. That time, I went for Grilled Chicken with Black Pepper Sauce.







The chicken pieces, yes, pieces, they were in pieces, were grilled, well, I could see it's more to frying, but with less oil. Served with a mountain of french fries, I was a bit lucky, because Srii [with her lamb chop] and Mira [with her chicken chop, didn't get as much french fries as mine. Teeeeheeee. :))
Served with black pepper sauce on top of the chicken, the sauce actually made my day, the coleslaw, next to the chicken, yes, they're all combined together in a leaf-shaped plate. Well, maybe because I wasn't a picky eater, therefore, anything I ate whenever I felt hungry, all would taste just good. Ngeee. Oh, the spiciness of the black pepper quickly turned me sweating, thus I couldn't resist myself from having something cold.







It's the Oreo Mocha Ice-blended with Pearls. Srii's was the left one, in the green colour, it's the honeydew.









Grilled Chicken with Black Pepper Sauce : RM 9.50


Lamb Chop : RM 11.50


Chicken Chop : RM 9.50


Oreo Mocha Ice-blended with Pearls : RM 4.40


Honeydew with Pearls : RM 2.40 [if I were not mistaken]





The food court also has other stalls of foods server in claypots, yong tau foo,  variety of fishes and seafood grilled in Portuguese style [the sauce was awesome!!], Nasi Lemak, Mamak food and the list goes on.






The journey to GIANT from IIUM Kuantan, through IM2 takes less than 30 minutes. If you feel like having the Western-styled food for lunch or dinner, and at the same time, want to get some groceries, yes, your destination should be the GIANT Hypermarket.






Oh, before I forget, there is one famous place that most IIUM-ians would go for Western Food. It's in Tanjung Lumpur, namely SANTAI Restaurant. You can read the review from Anna's entry of the food offered and the restaurant ambience.

















F says :

Eating keeps me sane and away from stress.

Tak puas hati.

Aku sedih sangat ni, lebihla daripada tak puas hati. Dua minggu lepas, kawan kepada kepada kawan dah tanya awal-awal, di ofis, benar ke tak kami kena pindah, jawab TAK. Alik-alik sekarang dah lain cerita pulak. Kan bagus konfem awal-awal, sebab masa tu sekurangnya, ada la jugak usaha aku nak balik rumah ke apa kan, boleh angkut separuh barang-barang.






Lagi sedih, kalau ditakdirkan tukar bilik dan dapat rumet baru, macam mana aku nak kena ambil masa jadi kamceng macam aku dengan rumet-rumet aku sekarang, kitorang ni dah rapat dah ni. Walaupun bilik aku memang nun jauh di puncak tingkat empat, tapi tak pernah aku rasa hepi lalala tiap kali aku mendaki tangga dengan penuh semput lagi.





Ohey, baik, air mata dah meleleh. Sumpah sedih okey? Frust pun ada. Nak mengadu kat Abah, rasa serba-salah pulak, sebab hari tu, beria-ia cakap tak payah pindah. Oh, kesiannya kat Abah dan Mama, kena fikir balik macam mana nak angkut harta benda anak besar ni kan.






Oh, Srii, kang tak pasal-pasal, hal ni jadi salah satu alasan aku jalankan balik kerja gila tu.













F cakap :

Cakap lebih-lebih kang, kata aku ni apa pulak.

Biarkan.

Terbaca satu entri pasal suruh confess. Entri yang mana?? Ah, itu kerja korang cari sendiri. Terasa jugak aku sebab aku bukan jenis yang sanggup mulakan langkah pertama, apatah lagi nak disuruh buat pengakuan berani mati. Hoooo. Itu bukan aku. Panggillah aku penakut atau pengecut, aku dah tak kisah.








Apa-apa aku nak buat pada Mr Crush, memang berjuta-juta kali aku akan fikir, rasional atau tidak, logik atau tidak. Kalau pun perlu aku berkomunikasi dengan Mr Crush, itu dibuat dalam keadaan aku separa sedar atau aku memang dah hentikan degupan jantung aku seketika. Kalau tak, haram satu benda pun tak jalan.








Orang cakap, aku akan menyesal kalau aku tak confess awal-awal. So what if I don't confess?? Masalah apabila kitorang memang tak berjumpa dah. Lama dah. Memang aku biarkan je, dan langsung tak ada usaha aku untuk berjumpa. Biarpun jauh di sudut hati aku, aku nak sangat jumpa dia. Tapi aku bolayan kan saja. Eloklah dalam keadaan aku sekarang. Bolehlah aku usha orang lain kan kan kan?? Hahaha.









Bab aku menyesal?? Ya, aku dah lama menyesal pada saat aku tersuka dia. Maaflah, sebab aku rasa aku macam dah musnahkan satu hubungan atas nama persahabatan kitorang pulak kan. Siapa sangka kan?? Padan la muka aku.









Perjalanan aku masih panjang, begitu juga dengan dia. Aku tak nak aku ambil langkah seterusnya dengan menjalinkan hubungan atas dasar ehem-ehem, korang faham-fahamlah sendiri, tapi aku main-main. Aku takut aku tak serius dan tak bersedia dengan sebarang komitmen. Hah, dah jadi serius pulak bunyinya.








Aku banyak impian, salah satunya aku nak buat kerja gila aku tu. Tapi kang nanti kena sound dengan Srii lagi, sebab dia berjaya teka dengan jayanya kerja gila aku itu. Hisyh. Mungkin kensel la kot kerja gila tu, aku buat kerja gila lain pulak. Aku nak jayakan setiap impian aku, I want to get serious. I'm already 21, and I'm not getting any younger anymore. Itu sebab aku fikir, aku kena buat apa yang aku memang impikan nak buat.








Terima kasih juta-juta sebab ramai orang buat aku tersenyum lebar sampai mulut aku dah rasa nak terkoyak ni.



Mira 
Zaty 
Ety 
Mai 
Anna 
Srii 



dan sesiapa saja yang buat hati aku girang dan riang sentosa sepanjang hidup aku ni. Tak terbalas jasa dan budi korang.













F cakap :

Sayang semua.
Tapi sayang keluarga aku lebih la.
Hahaha.

Monday, March 28, 2011

Guilty or Not Guilty?

My plan was almost ruined. I mean, my plan wasn't exactly planned as proper as it should, because it was just planned based on my so-called hunches only. My plan?? To keep away from eating rice for dinner. Heeeee.







But that didn't stop me from munching some other edible stuffs, like this bread.


It's the Rotiboy's Cheese Tuna. Though it had gone some kinds of improvisations in terms of the look [well, I used to eat this before whenever I had a chance to approach the Rotiboy outlet in the East Coast Mall], the taste was just the same.







I never ate with so much guilt inside, because it's already past 12. I even apologised to my tummy, saying that I really had to consume some food if I were to continue finishing the Biochemistry's Lipid Metabolism chapter. Sounded so idiot, right??  It's not that I hadn't had my dinner, it's the Burger Ayam Special, but with no bread, which was obviously not satisfying my hunger needs enough.









I'm so sorry my dear tummy, that was to be my *ehem-ehem* last time eating something's kinda heavy when it's already midnight. Now' I'm too full from eating the Cheese Tuna and a glass of lukewarm water.





Excuse the blurry pics of Cheese Tuna, I was just to lazy to retake, re-snap, re-shoot or whatever you called it.





Rotiboy's Cheese Tuna = RM 2.20








F says :

Gotta go!!
Got 5 pages left for this chapter.

Sunday, March 27, 2011

Kerja gila.

Dua tiga hari ni, aku serabut. Ya, dengan exam. Sebab aku tak tahu macam mana nak mulakan, dengan apa nak mulakan. Momentum yang super lembab, sumpah aku rasa nak cari je minyak hitam 3, 4 tong ke, bagi aku minum sikit biar ada momentum. Baik, sangat tak lawak.






Pabila aku tengah serabut dan rasa malas nak belajar, macam-macam fikiran dan idea GILA datang dalam minda. Oh, bukan aku tak sekat, tapi yang GILA ni tetap nak kacau hidup aku. Tolonglah!! Aku nak belajar okey??








Kerja gila yang bakal menjatuhkan rahang mulut ibu bapa aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Tapi aku tak nak cakap apa-apa sekarang, nanti tak kezutan you. Apa-apa pun aku kena solat istikharah dulu, pohon kekuatan daripada Allah S.W.T. untuk bagi petunjuk sebenar arah hidup aku.








APA??!! Kahwin???!! Ya, itu memang dalam perancangan hidup aku pun. Tapi itu belum namanya GILA lagi. Yang GILA ni bakal mengubah hidup aku daripada 0 darjah kepada 360 darjah. Keterbalikan besar dalam hidup. Tapi aku perlu petunjuk terlebih dahulu. Tak boleh main hentam keromo saja weh.







Cuti 5 bulan bakal menjelma kurang 3 minggu dari sekarang. Dalam kepala otak aku, dah tertulis macam-macam nak buat, tapi percayalah, memang nak jalankan satu pun, mungkin susah dan sukar. Apa-apa pun, aku nak berGILA dulu dengan kawan-kawan dan saudara-mara sebelum aku buat mana-mana daripada perancangan kepala otak aku tu.







Banyak sangat projek tengah jalan dalam otak ni, sampai Biochemistry dan Molecular Cell Biology tak boleh ikut masuk dalam minda. Sibuk je projek-projek tu semua, padahal aku nak final exam la weh!! Kasi can la sikit kat subjek-subjek penting ni dulu.







Oh, aku GILA berblog, makin dekat nak exam , akan makin menjadi-jadilah GILA aku nak taip entri itu dan ini. Nak draf dan auto-publish, tapi entahlah, malas pun ada. Tengoklah dulu macam mana.













F cakap :

Kahwin bukan kerja gila la.

Sudah.

Haaa sudah. Habislah weh. Lepas satu hal, timbul lagi satu hal. Baru je aku nak chill dan rileks sikit, dah datang satu cerita ni. Huwaaaa. Dahlah weh. Lagi tak tenteram perasaan aku sekarang ni. Elok yang ITU menghilang, yang INI pulak datang menjelma. Oh, kau tahu tak kau tu sangat mengingatkan aku pada si dia?? Huwaaa. Guwa tensi ni. Dahlah nak exam satu haram pun tak ready. Habis woh, habis la weh. Aku dah terkena gangguan emosi ni.








Aku takut ni sekarang. Habislah weh, habislah macam ni. Takpe, takpe, aku rasa aku boleh tempuhi lagi. AKU BOLEH! Dugaan kejap je ni, kan Mira kan??













F cakap :

Merapu.

Saturday, March 26, 2011

Lawatan dua kanak-kanak ke McDonald's bersama kupon percuma.

Hari Selasa. Dijanjikan jam 8.30 pagi. Akhirnya, pukul 9.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak gerak keluar. Nasib baik kereta dah sewa. Cuma perlu keluarkan duit, dan cetakkan kupon sahaja.






F dan Mira. Seorang hanya memberus gigi dan mencuci muka, oleh sebab tudungnya semua dah dibasuh, selendang ditibainya. Seorang lagi, bangun lambat, tapi sempat bersihkan diri. Pakaian tak nak kalah.







Kami bergerak ke restoran McDonald's, di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Iyelah, dah nama pun duduk Pahang, mestilah pergi ke McDonald's di Pahang. Perjalanan lancar sebab masih awal pagi, biarpun dah jam 9. Disambut dengan rintik-rintik kecil gerimis sebaik tiba di kawasan pantai Teluk Cempedak.








Segera masuk. Cepat-cepat beratur. Orang memang dah memenuhi dalaman restoran. Hampir semua kulihat, ada memegang kupon yang sama. Okey. Maka hilang cuak, sebab ingat kami sahaja yang bawak printed coupons. Hehehe. Tapi tak kisah pun, sebab tujuan utama kat situ, nak sarapan pagi. Dapat guna kupon atau tidak, itu belakang cerita.








Sampai giliran, dua-dua tamak. Tak mahu guna satu kupon sahaja, maka haruslah habiskan dua kupon yang dicetak. Tapi perlu membeli juga sesuatu yang berharga RM5, Mira dengan 2 potato hash brown nya, F dengan ala carte hotcakes.








Dan empat - EMPAT - 4 McDonald's Big Breakfast sets untuk kami berdua sahaja. Huahahahaha. Ketamakan melanda.


Tinggal satu sahaja,  atas itu saya punya, 
sebab satu sudah diberi kepada MahSeri
satu lagi Mira punya 
dan satu lagi yang Mira punya 
haruslah diberikan kepada yang tersayang.






Anda mahu mendapatkan 2 set Big Breakfast secara percuma?? Begini caranya. Klik 'Like' pada page McDonald's Malaysia dan muat turun gambar yang disediakan di situ. Tetapi apabila kupon ditunjukkan, anda harus membeli sesuatu dengan minimum RM5 dalam satu resit supaya anda dapat mengenyangkan perut anda dengan jayanya. SEHINGGA 31 MARCH 2011 SAHAJA TAU!!!!!

Oh!! McDonald's sangat sayangkan anda!!







Oh, jangan muat turun di sini ya, saiz gambar ini lebih kecil, akan menyebabkan resolusinya menurun dan apabila dicetak, oh sungguh tak jelas oh.









Sebab kami tak mampu nak cetak dalam warna, maka kami mengikut cadangan mereka, untuk mencetak dalam hitam putih sahaja. (-_-'')

Sebab mereka suruh muat turun, maka F muat turun lah. 
Dah cuba 'Save Image as', tapi tak keluar pulak imejnya.










p/s : Ada pelanggan mengadu di page McD, bahawa ada sesetengah outlets tidak menerima kupon yang dicetak, dan ada juga tak menerima cetakan kupon warna hitam putih. Maka F telah mengambil inisiatif dengan Mira, untuk menghubungi dulu McD di Teluk Cempedak untuk bertanyakan hal berkenaan. Dan mereka boleh menerima kupon hitam putih. YEAY!! Sila semak nombor telefon outlet terdekat anda di sini.





TERIMA KASIH MCDONALD'S!!




Gambar diambil menggunakan fungsi kamera 3MP Sony Ericsson W508.











F cakap :

Kerja gila di pagi hari Selasa.

Friday, March 25, 2011

Raining.




I think it's going to rain.



Oh no!!



Why??



I hate the rain.



Oh, don't be.



Why??


Because even the Earth needs some time to cool down, too, honey.












F says :

The sound of the raindrops is my lullaby.

I learnt the hardest way.

Things hadn’t gone so well for me lately. They didn’t come from the pressures of assignments and presentations, well, I actually learnt how to deal with the pressure since a whilst,  but it’s the attitude. Yes, you read it right, a-t-t-i-t-u-d-e. Whose?? Mine. Obviously.






From what happened, there’s a lot to conclude.


# I learn how to act cool whenever a friend of mine turned down my offer.
# I learn how to deal with people who give me hurtful remarks, even they themselves fail to notice that.
# I learn how to make the sweetest face ever even when my words are being ignored.
# I learn how to stay calm when people claim that I’ve forgotten them already and never make any effort to be together again.
# I learn how to keep smiling even though I’m crying hard inside.
# I learn how to laugh out loud at jokes that sometimes are not even funny to the bit.
# I learn how to adapt and mingle around though I’ve forgotten how, that I need to be approached first, only then you can get to know me.






I cried hard few nights ago. Alone. After the phone conversation with my family. Not that I cried because I missed them so much, nor that because I told them anything that happened to me, I just cried, just because. For no reason at all. And too bad, I felt all alone, had no one to turn to. No YM-guy that would cheer me up anymore. No group-hug with my friends, no more. I only had HIM. Took an Actifed and slept. Woke up on the next morning with no memories of it, for a while.











F says :

Can’t believe myself, for actually drafting this first in the Microsoft Word.
Worried that the wi-fi connection won’t cooperate with me, that’s why.

Thursday, March 24, 2011

YEAY!!!

Entri emo dah padam. Harharhar. Tak sampai 24 jam kan?? Sebab dah malas tengok, nanti akaun emo naik balik. Sekarang, akaun emo dan benci dah turun sampai ke 10% je, maka eloklah jangan ditambah balik akaun emo tu. Kenapa dipadam?? Entah. Dah rasa okey, maka padam. Alhamdulillah, Allah hadirkan perasaan melupakan. Melupakan yang pedih. Maka kaki terus melangkah turun, berlenggang kangkung ke kafe, mintak wafel coklat campur planta, makan dan terus gembira balik sampai nak lompat-lompat dan menari-nari lagi. Entri dipadam tanpa fikir sekali pun. Allah Maha Penyayang.

Wednesday, March 23, 2011

Heee.

[1] I am a Biotech student, was no longer a Pharmacy student, since I registered in IIUM Kuantan last July 2010. I hope this would clear the confusion that some of you may have, because, some seemed clueless about my current course whenever they bumped into me, and asking how I am doing in the Pharmacy classes.



[2] I had the Bahasa Melayu presentation last night, and few minutes before our group's turn, managed to take a tablet of Actifed [cold medication]. Ours was the last one, and I was glad that we 'killed' it. Alhamdulillah. Not in the sense that we're better than others, but it's because we did our very BEST.




[3] I'm losing appetite. During the day, I could still eat as usual, but when it comes to night, my tummy keeps rocking on, but I feel nauseous of even thinking of the food only.




[4] My final exams are starting next week. 7 days away.



31/03/2011 - Bahasa Melayu for Science

02/04/2011 - Islam, Knowledge and Civilization

05/04/2011 - Principles of Biochemistry

08/04/2011 - Biostatistics

10/04/2011 - Molecular Cell Biology

14/04/2011 - Calculus





[5] My batch is organizing the barbecue on 16th, right on the same day with my cousin's wedding. I'll try my best to be at both.




[6] My wishlist is growing, but I have no money. The TVXQ CD is RM95, so is the SPAO jumper that I badly want.





[7] I miss Aiman everyday.




[8] I'm glad that I am blessed with awesome family and friends.




[9] Alhamdulillah, I recovered from the fever, even I'm no longer having runny nose, but I'm still having trouble to breathe properly.




[10] Oh, I'll have another presentation to morrow morning. This time, it's for Biostatistics, with the topic of Probability.













F says :

I'm letting go.

Keputusan SPM 2010

Rasanya, dalam beberapa jam lagi, keputusan SPM bakal diumumkan. Tenang, jangan cuak. Melangkah dengan hati yang lapang, kamu sudah lakukan segalanya.







Pabila menerima keputusan, bersedia untuk redha. Apa-apa pun jua keputusan yang diperolehi, yakinlah, itu semua sudah ditentukan Allah S.W.T., sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kamu.





Itu bukan pengakhiran lagi, tapi bakal menandakan satu permulaan dalam menghadapi cabaran sebenar, selama bergelar seorang pelajar.







Semoga Allah sentiasa bersama-sama kamu. Amiin.







Insya-Allah.


















F cakap :

Berdebar-debar.
Peperiksaan akhir hampir tiba.

Tuesday, March 22, 2011

Don't go, just stay.

When I said I had moved on, I lied.
The truth is, my heart..my mind..my soul 
and even my body,
won't allow me to walk away from
all the memories I created with you.
.F.

Sunday, March 20, 2011

Life updates

Well, I feel so apologetic towards myself, for being unable to keep the consistency of blogging. I mean, I take blogging seriously and insya-ALLAH, passionately, because this is the medium that allows myself to be expressed freely. But, with all the due dates of assignments are just around the corner, the so-called quizzes and also the upcoming presentations, oh have I mentioned the replacement classes too, I just couldn't put my focus on my blog for the time being.






Plus, the past few days had been quite hard for me, well, I got sick, the fever just went on and off, which made me a little bit stressed, not to list, the cold and sore throat, too, I got tired  pretty much easily everyday.






Final examinations are coming within 2 weeks or less, and I have yet to prepare myself for any subject, for God's sake!! Oh my!! Well, I'll try my best tho. Nothing can beat hard work, but too bad, I'm just too lazy for anything.






My roommates and I still cook almost everyday, whenever one of us gets leisure time. It's cool, because, we don't have to walk  for miles *lies* to the cafe, we save money and everyone has a happy tummy, too. Oh, I've been lessening the portion of my food lately, not because I'm trying on a new diet, but my sore throat, cold and fever combination, actually decrease my eating appetite. And I even take hours *lies again* to finish the so-called small portion of food.







And  I went for Jenazah Management Course yesterday. It was informative, motivated, and inspiring. I wish to go for more workshops, well, my facilitator really went for a lot ones, and even had the real experiences of bathing the mayyit [deceased body] in the hospital. I'll tell this sooner or later, for more, if only I have the memory of promising writing this in the future. Hahaha.






Cheers for now. I have to finish the other half of my breakfast since half an hour ago, it's fried rice, yo!! Oh, I'm going to share my admiration towards this one famous blogger, who I start to look up to these few days. Her words are just too soulful. It's calling me to get back to optimism that I used to hold to. Guess who?









Adios.












F says :

The blog would most probably be neglected.
[Oh, every time I say that, 
I'll just end up updating almost everyday.]

Tuesday, March 15, 2011

Demam

Itu semua cerita semalam. Bermula dengan selesema kecil, lantas merebak jadi bersin tanpa henti. Melarat. Telan 2 biji Paracetamol, tapi tak ada kesan. Benar, kuasa penyembuh itu hanya pada Allah Maha Besar.






Sempat kemam gula-gula Wood's. Ikut kata Mai, boleh legakan hidung yang tak habis-habis berair. Alhamdulillah, lega seketika, sehinggalah masuk ke kelas BM. Memang makin parah pula jadinya. Bersin yang kuat, samapi tak disangka, tertarik perhatian cikgu. Maaf ya, cikgu.







Berjalan kaki pulang ke asrama. Peluh keringat yang konon-konon basahnya seperti baru bermarathon, sedikit mengurangkan impak panas demam. Balik ke bilik, semput. Mengantuk pada masa yang sama. Usai solat Isyak, 1 biji lagi Paracetamol ditelan, dengan tambahan 1 biji Actifed. Ubat selesema yang bakal beri kesan mengatuk teramat tanpa belas kasihan. Terus lena sehingga jam 5.







Tak mengapa, apalah sangat ujian demam ni nak dibandingkan dengan rakyat-rakyat Jepun yang sudah hampir kehilangan segalanya, baik rumah, harta benda, dan paling penting, ahli keluarga serta sanak saudara. Sekurang-kurangnya, aku boleh bernafas lega, menghembus udara pagi segar di Kuantan ini, sedangkan nun jauh di Jepun?? Subhanallah. Kuasa Allah semua itu.






Aku tak bimbang, kerana Jepun pasti bisa bangkit kembali. Seperti mana mereka pernah bangkit dari debu-debuan Hiroshima dan Nagasaki suatu ketika dulu, tidak mustahil mereka mampu kembali bangun dan menakluki dunia kembali.








Doaku dari jauh, Jepun, kuatlah!! Kau pasti boleh tempuhi semua ini. Kau kuat, kau optimis, satu semangat yang aku kagumi.









* Demam ini barangkali dijangkiti si Angah, ketika pulang ke rumah hujung minggu lepas. Ditambah dengan sejuk penghawa dingin di dalam bas, menurut rakan-rakan, memburukkan lagi keadaan. Tapi, alhamdulillah, hari ini bangun dengan kepala yang ringan, hati yang tenang.














F cakap :

Aku pun seorang manusia juga.

Saturday, March 12, 2011

Geli woh!!

Alkisah daripada entri-entri lama dulu yang rasa macam geli je pabila empunya blog ni baca balik. 









Okey. Baik. Blog F je yang memang terasa gelinya. Satu hari tu, duduk habiskan masa depan incik Acer, semata-mata nak baca balik entri-entri lama, dah WOHHH!! sumpah geli la entri-entri dulu yang ditulis.





Tapi kan tak terasa nak padam ke apa, tapi biar je jadi kenangan. Bak kata cik Srii, nanti boleh buat bedtime stories kat anak-anak nanti. Hahaha.






Okey. Itu je. Kalau tiba-tiba dapat ilham dan terasa gerak hati nak bergeli-geleman, silalah baca entri-entri lama F yang..erkkk..anda nilai lah sendiri.













F cakap :

GELI.
Sampai boleh rasa bulu roma meremang.

Thursday, March 10, 2011

Itu hanya mimpi, F.

Aku ternampak dia. Tapi dia tak nampak aku. Sekuat mana pun langkah aku cuba menuruti dia, aku tetap ditinggalkan, oleh dia yang mengejar sesuatu apa yang aku sendiri tak pasti. Aku cuba bergerak ke arah bertentangan, dengan sebenih harapan, kami akan bertemu di penghujung jalan itu. Tapi, dia tetap tidak terlihatkan aku.







Maka, aku isytiharkan diri aku, sebangkitnya aku daripada tidur, itu mimpi, F. Dan pada dia, engkau sudah pun lama jadi halimunan. Sebaik engkau bergerak meninggalkan suatu hubungan atas nama persahabatan itu dengan sejuta tanda tanya.








Betapa ironinya hidup aku. Tidak mustahillah kenapa aku belum ketemukan dia lagi. Rupanya, sudah betanda noktah dan bernama penamat buat kita kan?












F cakap :

Separa sedar.

Tuesday, March 8, 2011

Facts.

I am not mad, I am not sad. I am neither happy. I am just so confused. So much in confusion that makes me wanting to run away, to nowhere. 






#1 Someone claimed I'm nowhere when I'm just here.


#2 I am not sure whether Mr New Crush has gotten himself a GF or not, if yes, I'm glad for him.


#3 Because that way, I'll have less burden in my heart.


#4 My girls reported that Mr Old Crush has a lot of crushes. Again, I'm glad.


#5 One of the crushes has enough courage to pursue him publicly, even she hasn't confessed yet.


#6 Well, I'll just stay the way I am right now. I'll just watch from afar, though it's been a while since I last saw him.


#7 The simplest and littlest act of Mr Old Crush, turned my teary eyes into the brightening ones, turned my burdened heart into a happy one, made my lips curved into a smile. And not to mention, how much my heart is fluttering although I just see his name.


#8 I admit, I can't still get over him yet, even though I thought I did.


#9 I really wish that I won't be seeing him for the time being, because my heart is still in unstable condition.


#10 Seriously, Mr New Crush is not someone to be compared to Mr Old Crush. Mr Old Crush seems way better than him, but I believe, both have their own charms. When I say charm, it is not something to do with physical appearance.













F says :

I wonder what my heart actually wants.

Friday, March 4, 2011

5 bulan lagi

...bakal masuk ke semester baru, semester 1 2011/2012. Baru je lepas pra-daftar subjek untuk semester tersebut. 5 subjek kesemuanya, tapi nak drop kan English for Academic Purposes, sebab dah ambil masa kat asasi dulu. Jadi tinggal empat. Daripada 15 jam kredit, bakal tinggal 12 la jawabnya.


Genetics
Principles of Cell and Tissue Culture
Bioprocess I
Ethics, Fiqh for Everyday Life






Subjek Ethics, Fiqh tu, biarlah dapat Ustaz Razzak lagi. Biarpun orang cakap die strict bab permarkahan, tapi F sangat suka masuk kelas dia. Buat otak dan minda terbuka dan terfikir jauh. Out of the box la katakan. Memang best masuk kelas ustaz.






Makin bosan kan kalau lepak blog ni. Sebab dah takde benda sangat yang nak dikongsi. F dah tak boleh buat alasan internet lembab dah, sebab sejak dua menjak ni, internet macam kawan baik dah ni. Tapi, kemalasan yang melanda woh. Dan kesibukan yang konon-konon wujud.







Dahla, nak blah dah. Writer's block, or should I call that a blogger's block?? F dah tak boleh nak fikir apa-apa dah. Sekarang nak gi merancang masa depan. Toodles!!












F cakap :

Masa depan oh masa depan.

Wednesday, March 2, 2011

Kelakarlah..

Hahahaha. Nak gelak kejap puas-puas. Oh, rupanya, ramai jugak kot yang tertanya siapalah gerangan Mr New Crush tu kan kan kan?? Hahahaha. Tak pe la, F rasa, sekarang ni, kawan-kawan sekelas F dah boleh agak kot siapa kan.








Tu kisah lama. Ecececeh, lama la kan, padahal cakap Mr New Crush. Okey. Nanti F buat satu entri khas, cerita pasal Mr New Crush je nak?? Hahaha. Kang ada yang termuntah-muntah pulak nak baca, haru la weh.








F dah belajar untuk jadi tak kisah dah. Tak pela, asalkan, jangan bawak cerita yang memang salah la kan. Tak pe, F anggap itu semua untuk kita have fun, kan kawan-kawan?? Baik angguk cepat-cepat sebab korang dah kantoi dan F pun dah kantoi, maka kita beramai-ramai memang dah sah-sah kantoi okey?? Hahahaha. Gelak lagi. Tengah menaip entri ni boleh senyum sorang-sorang.







Tapi kan, kalau terperasan F masih tak boleh angkat muka tengok Mr New Crush, kena faham ye sayang. F ada masalah inferiority complex sikit, rasa terendah diri sangat-sangat-sangat. Bukan senang tahu nak kena buat eye contact dengan orang yang kita minat. Maka, anggaplah cara kita semua ni minat orang, adalah lain-lain bagi setiap individu.






Oh, Mr New Crush ≠ Mr Good Luck. Tak sama, lain sekali. Personaliti, perwatakan dan rupa pun sangat lain. Ada keistimewaan masing-masing. Oh, malangnya, memang tak de pun rasa berdebar-debar kalau tengok salah seorang daripada mereka. Mesti dah tahu siapa kan, sebab sah-sah mereka itu kawan sekelas. Ya, mereka memang kawan-kawan sekelas F, okey?? Hehehe. Hahaha. Pengakuan terbesar ni.






Tak pe la. Eh, tapi jangan anggap F marah atau tak puas hati tahu, sebab F enjoy la pulak tengok korang macam ni. Tak sangka boleh terima orang terbuang macam F ni. Kalau sudi terima dan suka la. Kalau tak, tak pe je. :))


















F cakap :


Terima kasih.

Tuesday, March 1, 2011

Hidup saya.

Semalam, baru lepas hantar kertas kerja Islam, Knowledge and Civilization. Lega. Dah selesai satu kerja. Tapi ada bertimbun-timbun lagi menunggu. Kertas kerja Bahas Melayu, pembentangan Bahas Melayu, kertas kerja dan pembentangan Biostatistics, dan juga peperiksaan akhir semester yang tinggal lagi 30 hari bakal menjelang. Cuak.







Itu bab belajar. Bab-bab lain, nak bagi tau bahawa F tengah mengalami konflik emosi diri. Emosi sangat tak stabil. Pantang duduk sorang-sorang, termenung jauh, mata dah berair. Haisyh. Tak kuat rupanya. Tapi huha-huha kenala macam biasa bila kawan-kawan keliling pinggang. Baru kurang stres.







Perasaan terhadap Mr New Crush makin berkurang. Parah, dia jatuh pangkat kepada hanya seseorang yang saja-saja F nak usha je. Mr Good Luck pun sama. Dalam makmal hari tu je buat F senyum. Lepas tu, jumpa mana-mana di antara keduanya, langsung tak rasa apa-apa. Parah. Rupanya, rindu Mr Old Crush balik. Bukan rindu cintan-cintun, tapi rindu nak ada orang yang selalu bercerita tentang kehidupan dia, sangat menghiburkan. Juga sanggup mendengar tanpa jemu. Nasihat bertimpa-timpa lagi.






Nak layan cerita, lagu, video Korea pun dah malas. Agaknya, F sedang melepasi fasa-fasa obses Korea. Layan-layan jugak, terutama bila mp3 dicaj penuh, layankan saja jadi halwa telinga. Buat peneman. Tapi sudah tak segila dulu. Kan F dah cakap, itu hanya fasa kan? Tak mustahil pun kalau fasa itu berlalu lantas terus berakhir. Tapi ada orang buat main je apa yang F cakap tu. Lantak korang lah.






F makin sombong. Egois. Degil. Iya, itu saya. Itulah F. Ada sebab di sebalik F menjadi sombong, egois dan degil. Sebab sekeliling mungkin. Konflik diri dan emosi juga. Mungkin sebab kamu??












F cakap :


Terima kasih kerana selalu ada tika aku perlu kamu.