Thursday, February 17, 2011

Stres

Tak tahu la ni minggu stres ke apa, tak pun sebab aku nak kena angkat bendera Jepun, tapi sumpah, sangat serabut ni weh. Dengan muka tak malunya, ada budak tu, siap lari gi toilet lagi, berkurung sorang-sorang sebab dok teresak-esak. Sungguh tak malu.






Sejak hari Isnin lagi, dengan exam Biostatistics, tapi tak bolehlah salahkan exam sebab memang salah aku sendiri yang banyak main dan tak stadi habis. Baik.





Hari seterusnya, hari Selasa kan, cuti kan?? Tapi cakap kitorang cuti, cuti tu pada nama je, sebab kena serabut pulak siapkan laporan makmal Biochemistry. Stres wooh. Malam tu, memang tak boleh nak tidur padahal mata mengantuk gila-gila dan kepala macam nak meletup. Nasib je tak gi hentam minum Nescafe White Coffee 3-in-1 tu lagi, kalau tak memang sah, aku bakal jadi gunung berapi yang meletup macam dah 10 tahun tak meletup.






Sebab tidur kurang 5 jam, lepas tu masa Zuhur tu, langsung tak rehat, siap keluar gi ECM lagi, malam tu memang tumbang. Oops, lupa, ada kelas BM dulu sebelum tuh, baru dapat betul-betul landing baik punya atas katil.






Haru tak haru, sebelum kelas Biostatistics pulak pagi tadi, mendaki tangga sehingga tingkat 3, semata-mata nak ambil keputusan makmal DNA bagi Molecular Cell Biology [MCB], hanya untuk mengetahui yang dah ada orang ambil. Baik. Aku anggap itu rahmat nak biar aku bersenam sihatkan jantung.







Jumpa dengan orang yang dah ambil keputusan tu, rupanya, tak de keputusan kumpulan kitorang. Dah dari sebelum cuti Chinese New Year, takkan lah tak de lagi kan?? Konpius kejap kat situ. Otak aku jadi blurr dan tak pasal-pasal rasa nak emo memanjang.






Dah jumpa pulak dengan orang lain yang pegang result kitorang tu, tapi menghampakan. Sikit pun tak nampak ladder DNA. APAKAH???!! Balik dari makan tengah hari, jumpa dengan Yana, dan dimaklumkan bahawa, kitorang kena buat balik eksperimen tu. Hahahaha. TAHNIAH buat semua!!

Sumber asal dari sini.

Lebih kurang macam gambar atas tu. Tapi kitorang punya, tak keluar la kaler putih macam kat tengah atas tu, yang mana bermaksud eksperimen gagal sebab DNA dah terdegradasi sebab dah bercampur dengan air liur masa sampel diambil. Almaklumlah, semua eksaited nak diambil DNA maka mulut tak henti-henti potpet potpet, air liur tercampur secara tak sengaja. Hahaha.
[keputusan sebenar dikeluarkan versi ala-ala dari kamera polaroid, tapi filem polaroid kan tebal, kitorang nipis dan lembik je. Kehkehkeh]





Baru je tadi semangat nak siapkan assignment pasal al-Farabi [Alpharabius] minggu ni jugak. Dan nak bincang-bincang nak buat topik apa untuk BM jugak. Tengoklah macam mana. Alahai cik kak oii!! Kau kan dah biasa kerja under pressure and high tension, apalah sangat dengan semua benda ni. Boleh la weh!!






[misi tengah menghipnosiskan diri sendiri]






Ya, kau boleh. Kau boleh buat. Mesti boleh siap punya.



Walaupun kau kena buat balik eksperimen

Walaupun kau kena jumpa senior optometri esok petang

Walaupun kau kena siapkan assignment al-Farabi

Walaupun kau kena bincang pasal tugasan BM

Walaupun kau kena sibukkan diri dengan Family Day

Walaupun kau kena siapkan laporan makmal MCB pasal DNA tu.






[hipnosis masih berlangsung]
Sumber asal dari sini.




Tak pe tak pe. Maka pabila kau habis menaip entri ni, kau mesti boleh buat semua kerja tu.

















F cakap :

Entri siap.
Hipnosis tamat.
Gerak buat kerja.

1 comment:

fadhdeela said...

sabo2 jgn tension2!! Good luckk exam :P

meh singgah: Kashaf Imani..Cite yg Terbaiikkk!!