Friday, February 11, 2011

Rasa apakah ini???

Terkedu kejap. Lidah kaku. Langsung terbungkam. Bibir pun turut membeku.





Aku nampak dia tadi. Tenang. Suci. Sesuci jubah putihnya itu mungkin. Berkopiah lagi. Itu pertama kali.






Mungkinkah benar cakap-cakap orang, bahawa dia berada dalam fasa mengubah dirinya?? Jika benar, mudahkanlah bagi dirinya. Dan diriku jua. Aku pun ingin turut sama dibawa arus itu.





Aku dah pernah cuba. Tapi tak berjaya. Mungkin sebab niat aku kerana seseorang, tapi bukan Dia. Maka hampir sia-sialah usaha itu.







Aku sedih..hiba..duka. Aku rasa aku dah sangat hanyut. Aku hampir tak kenal dengan siapa diri aku yang sebenar. Keliru dan masih mencari-cari identiti sebenar. Tapi tak diketemu.





Hati pun sama. Asyik berbolak-balik. Berubah-ubah ikut masa dan keadaan. Tak pernah ingin tetap dan kekal di satu posisi sahaja.






AHhhhh!!!!













F cakap :

Entah.