Thursday, February 3, 2011

Kelemahan

Aku dah jumpa kelemahan utama aku. As in, sangat utama.







..iaitu kata-kata.







Terutama yang negatif. Terutamanya yang kejam. Terutamanya yang sarkastik dan berunsur sindiran.








Kalau ada niat untuk buat aku menangis sakan tanpa henti-henti [sebab aku jenis yang pabila dah menangis, susah nak berhenti, sebab asyik selalu sangat pendam kan..], korang kutuk sakan la aku. Memang sah, aku akan menangis.







Kadang-kadang, tak perlu kau nak bernada tinggi atau bersuara marah, sebab dengan kata-kata yang berbisa dicampur dengan nada sindiran, jangan bimbang, itulah kelemahan utama aku, wahai rakan-rakan.








Yang negatif pulak, satu hal. Yang itu, mungkin tak buat aku menangis meraung, tapi boleh buat aku stres. Orang yang selalu cakap "tak boleh", komplen terhadap semua perkara, senang-senang je boleh dapat poin untuk buat aku tensen. Sumpah guwa cakap sama lu, itu, guwa stres, der.








Kalau kau nak bernegatif-negatif ni, boleh pergi main jauh-jauh daripada aku. Sebab aku, cuba nak tengok semua benda dari sudut positif. Apa-apa yang jadi, memang sedaya aku, dengan izin Allah S.W.T., aku cuba optimiskan. Sebab aku sentiasa percaya, apa-apa yang berlaku, adalah daripada kekuasaan Yang Maha Kuasa. Dia lebih tahu segala hikmah yang terjadi. Jadi, kalau ada niat nak memasamkan muka aku, silalah pancarkan aura negatif kau tu. Konpem, aku ada potensi untuk membebel sepanjang hari tentang segalanya.












F cakap :

Hahaha.
Emo sekali dua kala, tak pe kan.
Kekeke

No comments: