Wednesday, February 9, 2011

Janji

Special - BEAST



Poyo gila. Sumpah poyo. Sebab guwa ada kawan-kawan guwa poyo jugak. Tu sebab guwa semacam poyo.





Hahahaha.




Tak boleh blah sorang-sorang. Semua muka penat, sebab kena sesi makmal petang sebelum tu, terlajak masa gila-gila. Guwa dah tak tahu nak cakap, redha je la. Tapi, sumpah letih gila, tambah dengan ada kelas BM malam tu pulak.






Pagi ni, seksanya nak bangun pagi. Guwa rasa efek penat sangat kot, sampai guwa terus rasa malas nak belajar ilmu hisab, padahal petangnya, bakal ujian. Lepas tu, nak tak nak, kena lepak library jugak la, sebab kalau kat bilik, memang sah-sah guwa mengulor la jawabnya.






Duduk-duduk library pun, bukan boleh diam. Kejap nak terlelap la, kejap nak gi makan minum la, kejap mata melilau mengusha orang. Stadi nya tak jalan ke mana.






Maka, tiba-tiba, sorang-sorang dapat idea nak buat perjanjian dan akujanji dan sumpah setia la konon.






Weh, aku janji weh, ni last aku malas-malas ni.



Lepas ni, aku akan selalu belajar dan buat nota.




Aku tak mau dah main-main dah untuk finals nanti.




Let us get serious. No more talks on early marriages, 
eh, kejap, cakap pasal kawen boleh hilang tensen tau!!







Macam-macam la janji manis yang terkeluar dari mulut masing-masing. Entah berjaya ke tidak. Doakan kami la ye.












F cakap :

2 more papers to go!!

1 comment:

a's said...

fikah I love you! jgn kawen awal pls.haha