Tuesday, February 1, 2011

F suka #1

Suka.

1. Saya suka Changmin.

2. Saya suka Junhyung.


Maka bila dah letak nombor 1 dan 2 itu, bukankah sangat ketara betapa saya sayangkan Min lebih sikit je daripada Joker..?!








3. Saya suka makan, sampai ke tahap pabila saya cakap saya tak nak atau tak mahu makan, orang akan rasa pelik dan akan berterusan bertanya "Betul ke tak nak makan??"





4. Saya suka warna ungu. Tapi tak de la nampak sangat saya suka ungu, dan saya sendiri pun tak banyak barangan warna ungu. Macam ni je la, saya suka je mana-mana warna. Biasanya, kalau beli barang, tak letak pun ungu sebagai prioriti. Warna apa-apa sahaja okey je, selagi tak nampak buruk.






5. Saya suka sweater hitam Forest saya. Saya suka jumper TL Girl turqoise saya. Saya suka cardigan coklat saya. Saya suka jeans slim-fit LadyLike saya. Senang cerita, itu antara pakaian kegemaran. Oh, saya dah cakap saya amat sayang tee lengan pendek hitam Germany saya tak?? Oh itu juga kegemaran ya.












6. Saya suka Chicken Steak Rasamas. Sangat sedap. Tapi sebab itu hari, makan laju gila tak sampai 10 minit dah habis, maka rasa nikmat makan tu kurang sikit. Nanti nak kena makan lagi ni.






7. Saya suka bola keranjang. Saya suka pemain-pemain bola keranjang, baik lelaki mahupun perempuan. Saya suka jaring bola keranjang. Saya suka gelanggang bola keranjang. Selalu dok membayangkan nak main bola keranjang dengan lelaki idaman *ehem Changmin ehem* sambil rebut-rebut bola. Baik, ini akibat pengaruh drama Korea yang telah terapkan imaginasi tersebut ke dalam minda saya. Lupa nak cakap, lelaki mata keranjang boleh tolak tepi sikit. Sikit je. Kekeke







8. Saya suka langit. Saya rasa macam nak terbang ke awangan dan biarkan diri bebas dibawa dek angin. Saya nak mendarat di atas awan-awan putih gebu itu dan guling-guling kat situ.








9. Saya suka tengok bintang-bintang sambil beralaskan rumput di bumi, erm, di padang. Dulu, masa kat sekolah, lepas penat berlatih kawad, mesti rehat kejap dan baring dengan kawan-kawan sambil tengok bintang. Rasa macam nak buat kat Kuantan ni je, tapi ada ke orang nak menemankan ke padang nun jauh di sana??






10. Saya suka minum susu. Daripada susu tepung Fernleaf, ke Nestle Omega, dan sekarang Anlene, semuanya saya suka. Kalau susu Dutch Lady dalam kotak tu, saya suka yang coklat punya. Sangat sedap dan sesuai untuk buat bekalan lapik perut bila-bila lapar.






11. Saya suka ayam KFC Original punya. Mira pun sama. Dan Fais pun. Bak kata Fais, "Yang Original lebih baik dari yang Spicy" [baca dengan nada Cicakman]. Kekeke. Dalam femili pun, semua makan Spicy kecuali saya, dan Opah pada kebanyakan masanya.













Bersambung...

4 comments:

Cik NurulZaty said...

saya suka awak! haha


miss u fikah

Nies Hanna said...

sy pun suka yg no 9.. bole la ajak F pasni...tp takut..tempat kita dkt dgn hutan....

airaniez wirdani said...

Hai..sayapun suka *purple*.tapi takde banyak barang purple.^_^

ken said...

ah.. saya suka KFC pun! :D