Tuesday, February 15, 2011

Berdamailah.

F mulakan entri ni dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.







Macam serius je bunyinya. Oleh sebab dah selalu sangat main-main, sekali-sekala serius kejap tak pe kan??








Dengarnya ada orang gaduh-gaduh. Dapat tahu pun daripada orang lain. Tapi, ingatan buat diri sendiri, jangan masuk campur, khuatir bakal mengeruhkan keadaan lagi. Satu lagi, ambil pengajaran daripada apa yang berlaku, supaya diri sentiasa beringat bahawa setiap manusia ini punya khilaf dan tafsiran masing-masing jugak terhadap sesuatu perkara pun berlainan.





*****


Mari F nak cerita sikit. Hari tu, sumpah terasa hati dengan seorang kawan. Dah lama dah, tapi ajar diri jangan cepat melatah. Belajar untuk menerima bahawa sikap si kawan itu memang lain.





Nak dijadikan cerita, suatu malam, rupanya, kawan-kawan lain turut ada masalah dengan si kawan tu. Macam mana boleh semuanya tiba-tiba meletup dan terbongkar, F tak ingat. Serius. Sejak itu, jadi ketara betapa hubungan tampak renggang dan dengan si kawan itu, wujudnya rasa canggung [awkward]. Perkara bertambah buruk apabila setiap apa yang dibuat si kawan itu, semuanya nampak salah di mata kami. Semuanya serba tak kena, tapi kami masih diamkan saja.





Di belakang, lain cerita. Tidaklah setiap hari, tetapi, mulut jadi rancak nak keluarkan 'fakta-fakta' keburukan si kawan itu. Padahal, tak tahu betul atau tidak. Tiba-tiba, F rasa F lah peminat terbesar dia, sebab mesti kena cerita pasal si kawan itu je, setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama tak puas hati dengan si kawan.






Satu je boleh F cakap, kalau orang suka kita, kita dapat rasa tau dia punya aura, yang dia tu selesa dengan kita. Begitulah juga sebaliknya. Aura 'tak suka' ni sebenarnya lagi kuat tau daripada aura 'suka', maka rasanya si kawan tu dapat rasa agaknya yang F tak puas hati dengan dia, tapi, dia diamkan saja.






Kami pun bercuti, pulang ke rumah masing-masing. Masa kat rumah, mula renung balik apa tindakan yang F dah buat selama ni. Salah, sangat salah. Kita dok menganyam ketupat pasal si kawan, dengan mudahnya si kawan itu bertambah-tambah pahala. Tak pun, orang yang kita ingat sangat buruk lagi teruk daripada kita tu, kita tak tahu kalau-kalau ALLAH memang sayang dia lebih lagi. Kita je perasan kita betul, kita baik, kita benar. Padahal??



Baca : Nyamuk



Alhamdulillah, sekarang, rasanya, hubungan dah mula nak jernih dah. Tak sempat pun nak bercakaran ke apa, sebab ALLAH dah hadirkan perasaan bersalah tu.



*****



Itu dunia sebenar. Apatah lagi alam maya, di mana kata-kata dengan sebebasnya digunakan tanpa ada sekatan, tak kiralah kata-kata itu baik mahupun buruk.





Kadang-kadang, terbaca kisah-kisah pergaduhan tu semua, buat F terfikir, sejauh manakah kebenaran satu-satu pihak?? Pihak A ni pernah ada betul-betul di situasi pihak B kah, yang membenarkan pihak A membuat sesuatu konklusi?? Masa bilakah?? Ada saksikah??





Lebih membimbangkan, ada saja yang cuba menangguk di air yang keruh. Dari sekecil-kecil perkara boleh jadi sebesar-besar benda. Lantas merebak, tak berkesudahan.





F bimbang, sebab kan, kita tak pernah tahu tau, kalau-kalau kata-kata kita itu boleh bertukar menjadi fitnah. Sebab satu pihak di utara, satu pihak lagi di selatan, tuding-menuding pun hanya menerusi alam maya semata-mata. Bukannya ada di tempat kejadian sebenar. [melainkan dinyatakan]





Lihat, tiap-tiap baris ayat yang kita taip di blog ni, tak punya suara, tak ada nada, apatah lagi intonasi. Maka, dengan semudah anda menaip, orang yang membaca juga boleh memberi pelbagai tafsiran.





Contoh mudah, penggunaan 'F' sebagai ganti diri si tukang taip dalam blog ni. Untuk sesetengah orang F dibaca dengan nada manja, tapi bagi yang lain, F dibaca dengan tanpa apa-apa nada.






Berbeza bukan??






F bukanlah orang celik pandai agama, tapi F sentiasa percaya, semuanya ada batas. Berpada-padalah, bersederhanalah. F sentiasa pesan dengan diri sendiri, pabila kita gaduh dengan orang, yang mana kita ada silapnya jugak, bayangkan nyawa kita ditarik masa-masa tu jugak, agak-agaknya lah kan, sempat tak kita minta maaf dengan orang yang kita gaduhkan tu??





Yang menegur, cuba jadi berhemah dan berhikmah. Yang ditegur, cuba terima dengan fikiran terbuka.









Peace okay??





Hidup kita ni kejap sangatlah nak gaduh-gaduh, sayang. Dunia memang luas, tapi tak mustahil, dengan kuasa ALLAH S.W.T., kita mungkin ditemukan dengan orang itu di tempat dan situasi yang takkan kita dapat sangka.





Salam Maulidur Rasul.



Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala aalihi wasahbihi wasallam.













F cakap :


Ingat, itu juga pesanan, peringatan dan pengajaran buat si tukang taip jugak.

1 comment:

Fawwaz Roselan said...

salu gak mengalami masalah camni, tp alah, wt bodo sudah. yg mane bleh tegur kte tegur. klau xleh dan menyakitkan hati kita, kita elakkan. elakkan membenci makhluk itu, dan bencilah sifat2 aneh yg kurang menyenangkan makhluk itu