Tuesday, February 15, 2011

Abah Kool!!

Petang semalam, stres dengan belajar Biostatistics. Itulah akibatnya kalau asyik main-main dan stadi pun dah saat akhir kan. Terus terhasut dengan Srii untuk telefon Mama. Cakap-cakap dengan Mama, cakap pasal nak exam malam tu. Macam biasa la, emak-emak punya stail kan, cakap mesti boleh buat punya dan Mama kirim doa dari jauh. Alhamdulillah.







Lepas tu, ada missed call. Tak terperasan pulak. Tapi boleh agak siapa. Abah la tu. Sebab panggilan pertama tu tak cakap pun dengan Abah lagi. Terus kol balik dan borak-borak dengan Abah. Apa yang best :



Abah : Nak exam kan??? Buat baik-baik. Abah doakan selalu.


F : Insya-Allah Abah. Ni pun tengah stadi dengan kawan ni. Dia tolong-tolong la ni.


Abah : Tak pe la kalau macam tu. Kalau result excellent sem ni, dapatlah iPod tu satu.


F : Haa?? iPod?? [dalam hati, bila masa pulak F mintak iPod ni??]


Abah : Iyelah. Yang Along cakap hari tu la.


F : Oh, iPhone tuh. 


Abah : Tak kisahlah mana-mana, iPod ke, iPhone ke, janji belajar betul-betul. Dapat keputusan baik.


F : YEAY!! WOKEH!! [terus semangat naik melangit]








Lepas exam Biostatistics :


Selamat tinggal inche iPod..babai inche iPhone. Harapan je la kan.


Gambar dari sini.






Gambar dari sini.
























F : Weh, jom menoreh getah. Kan harga getah tengah naik sekarang ni


Ety : Jomlah!! Kat rumah aku banyak pokok getah.


F : Serius weh?? Nak, nak nak!!


Ety : Tapi pokok semua dah kena tebang.


F : ......

Gambar dari sini.














Aku nak balik kampung, aku nak gi tanam jagung la macam ni.

Gambar dari sini.






Terus lupa dah alkisah Abah Kool lepas kena penangan Biostatistics. Bagi F, sumpah soalan senang je, tapi kes tak habis stadi dan lambat stadi punya pasal, inilah kejadahnya. Padanlah dengan muka guwa.












F cakap :

Akhirnya, peksa pertengahan sem dah habis!!

2 comments:

kays said...

T.T jealous nye daddy cool nak bagi iphone . huuuu.

syufaa said...

wowww..sgt best okayy.. :D