Sunday, January 9, 2011

Wahai bakal suami..

Hey ho hey ho hey ho!!!






Okey. Tak de motif apa-apa pun F letak permulaan entri cam gitu. Sila abaikan.





Mari kita berkongsi rahsia sama-sama kejap. Ni kita-kita je tau. Jangan bagi tau sape-sape okey??






Ke hadapan bakal suami, haruslah diketahui bahawa bakal isteri anda ini, sangat-sangat-sangat la kuat makan. 24 jam asyik fikir pasal makan - tempat makan, jenis makanan dan masa untuk makan. Bersedialah anda ya, untuk menghadapi si bakal isteri yang selera makannya tak dapat diatasi lagi.






Dari malam sebelumnya, dok merancang macam-macam dengan my crazy partner-in-crime, pasal makan-makan ni. Siap dia marah lagi, kenapa mesti F, di tengah-tengah malam buta, goda dia dengan pelbagai nama makanan.



Nak dijadikan cerita, esoknya, datanglah dua orang akak ke asrama kami, dok promo makan kat Rasamas, beli 1 maka dapat percuma 1 lagi hidangan lain. But, there's a catch [baca: cash]. Dah agak dah masa akak-akak ramah tu dok explain kat F.






Untuk dapat kupon yang banyak itu, haruslah kami membayar RM25. Kenapa?? Adala sebabnya tu. Kalau sape-sape nak kutuk cakap benda tu tipu, kami rugi ke apa, silakan lah. Maka, peluang yang ada harus digunakan. "JOM KELUAR MAKAN WEH!!" Kami berdua dah selamat guna kupon tu dan Alhamdulillah, perut kami terisi. Maka, kami tak kisah apa orang nak cakap. Kahkahkah.



Kejadian : Makan besar lewat tengah hari.
Tempat : Rasamas East Coast Mall, Kuantan.
Suspek utama : F & Mira.
Hari : Sabtu.
Tarikh : 8 Januari 2011.




Dua-duanya sama tamak haloba serta lapar kebulur, maka, kensel rancangan "Oh-kita-beli-1-hidangan-je-dan-dapat-lagi-1-hidangan-maka-bayar-untuk-1-hidangan-je". Tetapi F dan Mira tetap sibuk nak order banyak hidangan, dahlah sama iaitu, 2 Rasamas Roaster Chop, yang mana dapatlah lagi dua pinggan Rasamas PrimeRoast Rice. Dah kata pun kebuluran, kelaparan, starving, famished bla bla bla.

Photo taken using
Mira's Nokia E5.




Oh lupa pulak, wahai bakal suami, kalau F sempat kenal anda sebelum April 2011 berakhir, maka bolehla kita sama-sama gi makan kat Rasamas dengan harga yang berpatutan ya.







Pusingan pertama, habiskan PrimeRoast Rice. Nasi ayam beserta sup [rasanya, hanya ditambah dengan stok ayam je], dan juga roasted boneless chicken. F suka isi ayam tu, rasanya, memang sangat empuk lagi lembut. Mira pulak, obses sama itu sup ayam yang takde ayam. Feberet katanya.







Pusingan kedua, wahai bakal suami kalau anda nak tahu, usaha F dan Mira untuk menghabiskan Roaster Chop, telah diusahakan sedaya mungkin. Agaknya, orang sekeliling mesti pandang semacam "Alahai-pelahapnya-minah-berdua-ni". Tapi ada kami kisah, makan totap makan jugak weh!! Coleslaw nya, memang TERBAEK la guwa cakap sama lu, derr!! Mesti cuba!! [tapi sebab kenyang punya pasal, rasa muak dengan potato wedges itu]






Maka, Alhamdulillah, kami berjaya habiskan jugak. Wahai bakal suami, jangan bimbang, duit takkan terasa dibelanja dengan sia-sia, sebab akan habis makan jugak tau!!

Licin wohh!!







Sengaja biar dapat klik untuk tumbesaran pada gambar, supaya efek nikmat makanan itu lebih dapat dirasai. Sekian. [Gambar diambil menggunakan kamera digital Olympus u1040 dan Nokia E5]





p/s: Nantikan kisah projek PINK kami!!









F cakap:

Makan dua hidangan lewat tengah hari, 
terus rasa kenyang sampai ke malam.

1 comment:

sri said...

weh tak ajak aku!

ehem ehem.. aku pon ada coupun tu hikhikhssss! :D