Hidup dah terasa dengan kesibukan pelajaran.
1. Laporan makmal sedang menanti nak disiapkan [syukur, 1 dah siap, 2 lagi..hurmm].
2. Kena habiskan 4 bab untuk Calculus, yang mana tinggal lagi 1 setengah bab.
3. Biochemistry haram tak sentuh, kecuali 3,4 hari lepas masa alihkan nota-nota ke fail besar, padahal, ada kemungkinan besar, Dr Fawzia buat kuiz Isnin ni. T_T.
4. Subjek Dr Razzak - Islam, Knowledge and Civilization, memang tak dijenguk-jenguk lagi. Periksa tengah sem dah tinggal kurang 2 minggu.
5. Samalah jugak dengan Molecular Cell Biology, baru baca 2 bab, dah ambil masa berhari-hari.
6. Biostatistics, toksah cakap la. Kali terakhir tengok nota, pada kelas hari Khamis hari tu je.
Sibuk weh!! Tapi insya-Allah, kesibukan ni ada hikmahnya.
1. Kurang rasa homesick.
2. Masa agak terisi.
3. Bagi peluang untuk lupa sikit demi sikit dekat crushes semua tu.
4. Hidup nampak 'hidup'.
Rindu rumah, tapi syukur Alhamdulillah, ada je keluarga kat rumah dok rajin hantar MMS Ammar Aiman. Naik semangat kejap.
25 Jan - Molecular Cell Biology mid-sem exam
27 Jan - Islam, Knowledge and Civilization mid-sem exam
- Biostatistics mid-sem exam
Tu semua sebelum cuti. Yang lain, lepas cuti la jawabnya. Ingat nak balik 27 Jan, 2.30 petang, sekali semua tiket dah habis. Jadi kena balik 28 Jan, 10.00 pagi. Takpe..takpe..semua tu ada hikmah.
Sekian daripada seorang pelajar yang hidupnya seakan membosankan.
[entri ditaip pada masa sebenar]
F cakap :
Sakit.
2 comments:
saya sangat bersetuju dengan semua di atas...harap maklum~
npk sgt awk ini busy..good luck yeah.. :)
Post a Comment