Sunday, January 30, 2011

Reaksi pabila terjumpa Mr Crush

F memang ada masalah sejak dulu pabila berhadapan bab crush ni. Susah sikit, sebab F menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan Mr Crush dengan yakinnya. Kalau nak tengok F bukak mulut dan berborak dengan Mr Crush, memang kena tunggu lama la jawabnya. Ya, F memang penakut.



Nak tahu apa akan jadi pabila F KENA berhadapan dengan Mr Crush, atau terlalu sebelah Mr Crush atau pun dihampiri Mr Crush??? :





1. Tiba-tiba, segala pergerakan jadi kaku, keras dan serba tak kena. Badan bergerak sikit, terus nampak macam robot. Teruk kan??




2. Kalau F tengah dok gelak-gelak sakan, maka pabila Mr Crush menghampiri, mulut terkunci, lidah terkelu dan senyuman mengeras. Nada suara pun berubah, jadi makin kasar dan serius. Lebih teruk, ada masanya, langsung tak bersuara.



3. Mata memang tak ada harapan dan impian la nak usha Mr Crush depan-depan mata, walaupun hanya beza beberapa inci je. Sebab F penakut. Tak boleh bertentang mata langsung. Kang pengsan, malu jek.



4. Jantung berdegup kencang. Mungkin ada yang dengar, ada yang tak dengar debaran kencang dalam dada. Memang takut dan cuak. Lebih risau kalau-kalau jantung terus terhenti kejap pabila Mr Crush memunculkan diri.







Tolong jangan bandingkan diri F dengan sesiapa, sebab ni memang diri F. Ya, F akui, I'm a sucker when it comes to this crush thingy, but I just can't help it. Sejauh mana pun dah dibantu oleh kawan-kawan, atau pun dah hafal skrip nak cakap dengan Mr Crush, tapi segalanya dah pun berakhir pada saat kitorang berbeza beberapa meter dari masing-masing.




Macam tu la alkisahnya. Tapi tapi tapi kan, F sebenarnya, dah penat sangat la nak minat-minat orang ni. Ada cara tak supaya dah tak payah jadi macam ni?? TOLONGLAH~~~













F cakap :

Nak lari jauh-jauh boleh??

3 comments:

yana said...

F, kita sama! cuma yana tambah pakej blushing. teruk sgt sampai classmate lain pon tahu yana ada crush dgn tgk blushing tu je. jd mmg harapan lah kan nak cakap depan2 kalau dah blushing teruk. T__T

ada kwn yana kata, kalau yana chat dgn dia kat ym atau fb pon nampak blushing. haihhh.

F, try dgn simple message dulu! senyum pon dah okay apa.

okay terpanjang terlebar pulak komen. babai!

miss faten said...

saya pun sama F!!
tapi saya dah penat laa nak minat orang tapi orang tu tak minat saya balik. cemana saya nak cuba stop hati saya suka orang?? penat jadi orang buruk neh. susah orang nak terima =__=

aEn said...

da nature camtu kan..tapi senang je xyah minta org, carik pakwe. xya minta org len da..hee..just try to think rasional before act!ok..chill la...