Tuesday, January 11, 2011

Kebodohan #1

Pernah menangis sebab sangkakan nyaris kehilangan 'dia'. Sumpah, aku rasa sangat bodoh, hanya untuk mengetahui, lebih sebulan kemudian, sakit 'dia' tidaklah teruk.



Okey, baiklah.




Mungkin aku menangis sebab tekanan daripada kawan-kawan aku. Semua dok pakat hantar SMS dan siap telefon aku sebab 'dia'.





Oh, tak, tak, aku menangis sebagai seorang kawan 'dia'. Eh, ye ke??






Banyak lagi perkara yang boleh aku tangiskan. Nasib je aku tak menangis depan 'dia'. Kalau tak, buat malu tujuh keturunan.






Takpelah, benda ni pun dah lama berlalu. Biarkan je la. Bukannya 'dia' tahu pun.









F cakap:

Cengeng!!

1 comment:

monica said...

senyum selalu tau... ^___^