Saturday, January 8, 2011

Hai, kawan-kawan!!

Hai kawan-kawan!!! [sila baca dengan nada mengada-ngada ala-ala si Yus, Raja Lawak 1, sambil cekak pinggang]





Sebenarnya, saya tengah malu ni. Rupa-rupanya, ramai jugak kawan-kawan saya yang selalu baca blog saya ni. Daripada kawan-kawan lama, sehinggalah kawan-kawan sekelas. HAI SEMUA!! [sambil lambai-lambai comel].






Saya memang tahu Elly - Amalina dan Gmiey ada baca blog saya. Dorang tu, kawan sekolah lama saya dulu. Tahu pun, sebab dorang yang bagi tau. Elly selalu baca sebab nak tahu apa perkembangan hidup saya. Katanya, senang sikit pabila masing-masing dah duduk jauh ni. Yang lain-lain, saya kurang pasti.







Kemudian, ramai jugak kawan sekelas ikut blog saya [baca : follow]. Terima kasih ya, kawan-kawan!! Anna dan Srii tu tolak tepi kejap, sebab dorang memang saya dah lama kenal. Hehehe. Hello, Srii dan Anna!! Lagi tahu, pabila Elly - Manali, Dian dan Fana ikut blog saya, dan sumpah saya rasa sangat-sangat-sangat malu pada awalnya. Kekekeke.








Entri terakhir saya berkenaan kelas di makmal kan kan kan?? Manalah saya nak tahu ramai yang baca rupanya. Diberitahu oleh Ruwaida, yang jugak teman satu kumpulan makmal untuk Molecular Cell Biology. Sungguh tak sangka. Lepas tu, masa balik jalan kaki dari kuliah dengan Maisarah, dia pun ada bagi tau, yang kawan-kawan yang lain macam Elly dan Etty suruh dia baca pasal entri makmal. Alahai. Saya malu-malu miao-miao la. Hehehe.







Dan dapat tahu lagi, masa tengah bincang nak buat laporan makmal MCB tu, Ruzaina pun rupanya baca jugak. Adoi..adoi..!!Siap kena soal macam-macam lagi tadi. Hehehe.








Takpe la. Saya hargai semua orang yang baca blog picisan ni. Terima kasih banyak-banyak-banyak!!









Kalau tengah baca ni, silalah sound kat komen tu ya. Jangan lupa tulis nama. Nama samaran pun tak pe. Hehehehe.













F cakap :

Saya sebenarnya ada 2 personaliti.
Percaya tak??

1 comment:

a's said...

hai akak fikah! i always love to read your blog yang kengkonon picisan ni.

nasib baik blog i tak femes mcm blog u,tak la malu sgt.hehehe -_-"