Sunday, January 23, 2011

Dinding.

F ada dinding. Kalau setakat nak cakap pasal dinding kat bilik yang F selalu syok menyandar, baik tak payah.




Ini namanya dinding diri. Dinding hati. Dinding perasaan.






Yang mana fungsinya ialah semestinya untuk melindungi diri F. Baru perasan, dinding F dah banyak lubang. Retak pun, menunggu masa untuk rebah. Oh tidak, sebenanrnya dah pun menyembah bumi. Sebab hati kena tunjal-tunjal lagi, sebab dijolok dari celah-celah lubang.





Biasalah, tak peka dengan keadaan sekeliling. Terlalu leka..lalai..cuai..cemerkap. Bagi orang sembarangan untuk datang sentuh hati. Lebih teruk, ada yang ambil hati, terus bawa lari jauh-jauh. Orang tu curi hati F, tak mahu pulangkan balik. Aduh, tak mahu dah merisikokan hati seperti mana yang pernah jadi baru-baru ni. Oh, tidak!! Sejarah bakal berulang!!!





Jadi, kena usaha sekuat hati balik untuk bina dinding ini. Dinding yang sama, telah buat ramai orang takut nak dekati F. Bagus. Cara tu lebih baik. F akan selamat, dan yang paling elok, tiada hati akan disakiti.





F dalam proses mencari balik bahan-bahan yang selama ini jadi asas dinding ni.












F cakap :

Tolong bagi F sebab-sebab untuk benci dia.
Sebab F dah terjatuh suka sama dia.

1 comment:

Shafique said...

Insyaallah akan datang bahan-bahan asas itu. Kembalilah kepada si Dia kerana Dialah yang membekalkan kita dengan bahan-bahan yang sedia kuat.

Kuatkan hati jangan mudah mengalah. Tuhan berikan sesuatu untuk kita iaitu AKAL. Jangan jadi seperti saya, sudah terlewat apabila mengetahui saya ada AKAL.