EDITED & UPDATED!!
p/s: currently in a serious bout of cold. pray for me~~
Omputeh paggil
reunion. Perkataan yang paling biasa digunakan bila kawan-kawan lama dari sekolah atau tadika atau tempat kerja sekali pun, nak meronggeng beramai-ramai. Tak boleh nak cerita panjang, sebab tak de gambar sangat yang nak diletakkan. Maka, kena tunggu bos besar F muat naik gambar ke Facebook nya, barulah boleh buat sesi mengepau. Huuu.
Tak sangka ramai jugak yang datang. Yang perempuan ada dalam 5 orang je, iaitu F tersayang [maaf jika termuntah], Aina, Sue,
Ah dan
Elly. Yang lelaki, asalnya bilangan rasanya biasa-biasa je. Tapi lepas Zuhur tu, dah makin bertambah. Ingatkan terlajak sebab layan Jerman pagi tadi kot.
Rancangan asal, nak main boling. Jadi, sementara tunggu giliran [sebab ramai orang yang buat
reunion jugak tadi], bos besar, yakni
Hafez, arahkan kitorang cari apa saja hadiah, dengan bajet lingkungan RM 1 hingga RM 5. Sebab nanti akan ditukar-tukarkan. Tak sangka betul pencarian hadiah tu, boleh jadi sangat menerujakan, sehingga kitorang terlepas giliran main boling. Nasib baiklah belum dibayar lagi.
Perancangan banyak lari. Maka, sebab mulut F bising campur dengan perut main irama rock [tak sempat nak sarapan kat rumah], kami makan dulu. Kiranya,
brunch la kot, sebab dah pukul 1 petang. Untung bos besar pilih tempat tersorok sikit, sebab kami memang kecoh-yang-amat-sampai-F-rasa-semua-pandang-dan-ada-yang-siap-
sound2-lagi.
I am not into Spongebob thingy, but
at least the gift made my day.
Thanks, KP!!
Habis makan, tukar-tukar hadiah, ikut cabutan nombor. F dapat hadiah dari KP, dan hadiah F yang comel molek itu milik
incik Faiz [
incik Faiz, saya tahu anda akan membaca entri ini, maka sila muat naikkan gambar hadiah saya pada awak ya..]. Respek sama bos besar, sebab minta kami diam sebentar dan sedekahkan al-Fatihah buat ibu atau bapa kawan kami yang lain, yang telah meninggal dunia. Rasa emo dalam hati, sebab rasa macam baru semalam berkenal sapa dengan ibu atau bapa kawan-kawan tu.
Kemudian, gerak untuk solat Zuhur. F dengan Ah dan Elly je, sebab Aina dan Sue dah solat sebelum makan. Tiba-tiba, Aina telefon, cakap senior yang F pernah
crush kejap-kejap dulu, ada kat tempat kami tu. F pun bagi tau, kalau F jumpa, sah itu jodoh. Gurauan semata-mata pada Aina. Ohhh, masin mulutku, memang terserempak la dengan Mr Q tu, tapi sangat mustahil nak tegur sebab dia mungkin tak kenal F. Oh, dia masih hensem macam dulu-dulu.
Kenapalah baru terperasan Versus dah ada kat Popular tu??
Ke baru letak je??
Cetakan pertama hingga keempat - April 2010
Cetakan kelima - Mei 2010
Habis cerita kasih tak kesampaian. Hahaha. Lepas solat, kitorang betul-betul berpecah, bawa haluan. F sempat lepak kedai buku
Popular, rembat majalah
Cosmopolitan edisi Julai, novel
Versus dari
Hlovate dan novel
Baju Pengantin Mak Andam [kalau tak silap]. Nasib bawa kad ahli, sebab rasa macam duit tak cukup. Dapatlah potongan harga.
Mak aih, Macam mana nak menghabiskan
novel-novel itu semua, tambah lagi nak kena
refresh minda balik, dengan belajar
Organic Chemistry. Kemas barang pun belum, dengan bilikku yang habis bersepah. Nampak gaya hidup F betul-betul perlukan
jadual ni. Kalau tak, kucar-kacir alamatnya.
Samapi kat sini dulu. Dah macam karangan PMR dulu la panjangnya pulak. Jaga diri, dan selamat malam!! Orang Jepun kata, "
Oyasuminasai, minna-san!!"