Wednesday, December 22, 2010

Malas sikit je.

Salam untuk semua yang membaca. Itu pun kalau ada yang membaca la. Kekeke.




[1] Minggu ni, dah betul-betul masuk kelas dan belajar, oh mungkin kecuali untuk subjek Calculus, sebab kitorang nak kena duduk dalam kumpulan, bincang kes PBL [problem-based learning, kalau tak tahu silalah Google sebab Profesor Torla pun bagi tau kami benda yang sama. -_-] dan wajib sekali ya, untuk ada buku. Malang sekali, buku Calculus masih lagi belum siap difotokopi, disebabkan bilangan muka surat yang banyak dan salinan pun melebihi 100.





[2] Oh, kelas UNGS 2040 - Islam, Knowledge and Civilization, super duper best siot dengan Dr Razzak sebab dia mesti nak tanya soalan yang luar kotak. Jadi, otakku yang berkarat ini, harus dipaksarelakan untuk berfikir sebanyak mungkin.



Contoh:

Hantu tu wujud ke tak?? Kalau wujud, pernah nampak dengan mata kepala sendiri tak?? Macam mana bentuknya?? Kalau ada yang cakap, hantu tu rambut panjang dan mengerbang, adakah maknanya hantu itu berjantina perempuan??




Macam mana pulak dengan cinta?? Macam mana kita tahu wujudnya cinta tu?? Berapa agaknya panjang dan lebarnya?? Boleh diukur atau tak??





Dan sewaktu dengannya.







[3] Sesi makmal tak bermula lagi minggu ni. Maknanya, kebanyakan masa belum dimaksimakan sepenuhnya disebabkan kurangnya sesi kelas ni. Oh, kelas Principles of Biochemistry, dapat pensyarah perempuan dari Bangladesh. Sangat best jugak tau!! Slaid hanya digunakan buat rujukan je, tapi setiap patah perkataan beliau dirasakan amat penting. Nampak gaya, kena ada perakan suara, bawak gi kelas ni.




[4] Sama jugak dengan Molecular Cell Biology. Dapat pensyarah perempuan berbangsa Cina, dan oh, beliau sangat comel. Kekeke. Beliau terangkan subjek pun memang best dan siap pesan supaya buat self-study jugak, sebab yang masuk exam, tak semestinya dari nota beliau je. Oh, beliau sangat suka pada pop-quiz okey?? Akan buat sama ada pada awal kelas [maknanya, meliputi syarahan pada sebelumnya] atau pada akhir kelas [meliputi syarahan pada kelas hari itu jugak].




[5] Sumpah rasa macam nak naik angin [sebenarnya, lebih kepada nak gelak kuat-kuat] dekat sorang minah ni, yang tiba-tiba naik radang.
"Boleh tak lain kali masuk auditorium ni, atau masuk kelas mana-mana, jangan main cop-cop?? Kira siapa sampai dulu, dialah duduk depan."


Suara tak nak kalah. Macam nak marah orang. Padahal sebelum ni, tak timbul pun isu macam tu.

Wahai adik, sebagai yang tua setahun dari adik, akak rasa adik sangat kelakar la. Biar pun semua orang cakap adik kurang ajar dan biadap, tapi bagi akak, sumpah, adik memang pandai buat kelakar. Tak tahulah adik perasan ke tak, memang yang duduk depan-depan tu, kebanyakannya yang datang awal. Haruslah bagi adik untuk datang lagi awal dari kakak-kakak yang awal tu, tak gitu?? Peace yo!!






[6] Minggu yang sibuk ini, bakal berakhir dengan subjek Biostatistics pada esok hari.





[7] Tengah fikir nak keluar ke tak hujung minggu ni. Bukan apa, minggu lepas pun dah keluar. Tapi, sebenarnya, tengah memerlukan banyak benda sekarang ni. Aduhai.




[8] Alhamdulillah, duit PTPTN dah masuk. Agak..emm..banyak. Alhamdulillah sekali lagi. Bukan apa, sepatutnya jumlah tu dah ditolak dengan yuran, tinggal berapa je. Tapi orang kata, rezeki jangan ditolak. Kekeke.








Sekian daripada F yang melaporkan kehidupan sehariannya untuk minggu ini.

9 comments:

Nurul Zaty said...

zzz..
wah wah
dh dpt ptptn??

nakkkk...haha

^_^

izaryda yasin said...

PTPTN...waahh heaven ;)

ape daa nak main cop2..
time skolah dulu boleh la..
adeh~

a's said...

hahahaha...budak tu memang kelakar and bangang! menyampah..opss sorry 'ter' kutuk kau budak bajet HERO OF THE DAY

mie said...

fuh!!
macam sesi berada di kelas plak..
ehheeee

fikah © said...

@Nurul Zaty
duit scholar jpa lagi banyak apa.
you la belanja aii.
hehehe

fikah © said...

@izaryda yasin
agak heaven bila di awal sem ni.
hehehe

fikah © said...

@a's
sabaq..sabaq.. cik anna oii.

fikah © said...

@mie
heheheh.
bila dah masuk kelas, memang akan cite pasal kelas je la.
hehehe

cik.shabah said...

PT da masuk?tengah masyuk la ni ek? ;p