Thursday, December 30, 2010

Keluargaku sayang.

Ke hadapan Abah, anak manja Abah ni, tengah berusaha sekuat hati nak bertahan kat Kuantan ni. Walaupun ada masanya anak Abah ni hampir menitiskan air mata, tapi segera hati diajar jadi kuat seakan besi supaya tidak lagi jadi manja seperti mana di semester lepas. Anak Abah yang cengeng, yang pantang tersentuh hati, sekarang berlatih sekuat mungkin untuk terus kuat.






Ke hadapan Mama, petang  Selasa lepas, Along telefon henset Mama. Ingatkan boleh je rilek-rilek cakap. Sekali, bila dengar suara Mama, Ya Allah, suara dah jadi sebak. Sebab rindu sangat kot. Mungkin jugak sebab tengah bertahan dengan sakit yang menyerang. Dengar je suara Mama gelakkan Along sebab jadi manja dengan tiba-tiba, mata pun dah digenangi air.







Ke hadapan Opah, Manja, alhamdulillah sihat, dan Manja harap Opah pun sihat. Dah lama tak cakap dengan Opah di telefon, mungkin sejak datang ke Kuantan lagi. Bukan apa, kalau cakap dengan Opah, mesti Opah sebak, dan Manja pun ikut sebak. Tapi tak mengapa. Lain kali, Manja nak cakap dengan Opah dan merapu merepek macam dulu-dulu supaya dua-dua tak sedih.






Ke hadapan Angah, hari ni, mesti dah kena ke Besut kan?? Jalan baik-baik tau. Ni pertama kali jauh dari keluarga kita, Angah kena kuat. Kan nurse kan, memang kena kuat?? Buat praktikal sehabis baik, macam yang selalunya. Cubalah tuntut ilmu sebanyak mungkin dari senior-senior. Jangan pedulikan orang yang sombong dan berlagak, hanya kerana dorang datang dari kolej yang lbih berprestij. Yang dinilai itu, personaliti dan kerja kuat Angah, bukan latar belakang okey?? Jaga diri baik-baik di tempat orang.






Ke hadapan Iwan, tahniah atas keputusan PMR. Mungkin tak secemerlang orang lain, tapi untuk mendapat keputusan yang memuaskan itu dengan usaha yang sederhana, itu memang mengagumkan. Terima kasih sebab jadi abang yang baik kepada Ammar Aiman. Jangan asyik cubit pipi adik yang gebu tu. Oh, dan jangan asyik keluar rumah je. Tahulah cuti, tapi sekolah dah nak buka balik. Cuba pilih dan nilai nak ambil aliran apa.






Ke hadapan Adot, cuba belajar jadi matang. Jangan asyik nak buat status yang pelik-pelik dah. Fesbuk tu, cuba delete satu okey?? Buat apa ada Fesbuk banyak-banyak, satu sudah cukup. Oh, tolong la sangat jangan melebih-lebih ya. Jaga bilik Angah, bukan sepahkan bilik dia. Semestinya, tahniah Adot sebab pandai jaga Ammar Aiman.






Ke hadapan Ammar Aiman, OH ADIK!!! ALONG RINDU ADIK!!! Rasa macam nak terbang balik rumah. Nak dodoikan adik, nak main-main dengan Adik sampai Adik buat muka yang kejap suka, kejap sedih. Tunggu ya, lagi empat minggu, Along akan balik.











F cakap :

Bila rindu mendatang dengan tiba-tiba.
Dan aku harus diteguhkan.