Wednesday, December 15, 2010

Diserangkah??

Bangun pagi tadi, waktu nak solat Subuh, keadaan hening dan sunyi je. Tak de apa-apa petanda nak jadi sesuatu. Tak de bunyi bala-bala tentera dari hutan belakang hostel ni nak serang-menyerang. Tapi, tiba-tiba, tengok-tengok dah jadi macam ni.




Tak perasan pun keadaan di atas sehinggalah nak gerak dan mandi pada pukul 8.30 pagi tadi. Ada je dengar bunyi benda jatuh, ingatkan baldi terhempas, jadi F buat bodoh je la awal-awal tu. Tak sangkalah, rupanya tong sampah depan bilik. Kemudian, keluar je bilik, perghh, baunya, "TERBAEK" la weh.





Dari bilik air, balik ke bilik, dah ada orang bersihkan. Mungkin sister, mungkin jugak mak cik cleaner. Tapi, dengan belum bersapu dan bermop la. Jadi, bau masih ada macam biasa.




Balik dari kelas jam 11.30 pagi tadi, masih dengan keadaan yang sama. Biasanya, mak cik cleaner memang akan sapu dan mop kawasan depan bilik ni. Tapi hari ni, macam tak de je. Ke mak cik tu sakit balik eh?? Sebab dia pernah bagi tau dia ada penyakit 3 sekawan [kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung] dan selalu demam.





Tapi, yang masih jadi misterinya, siapa punya angkara kah semua ni jadi?? Monyet ke?? Kucing ke?? Tong sampah yang dekat kawasan lagi satu, di tingkat yang sama dengan F ni, memang tong sampah tunggang-terbalik dah. Kalau betul monyet, kenapa tak de orang bising-bising?? Ke sebab semua dok layan tidur lagi eh?? Yang F dengar, hanyalah bunyi orang dok shoosh, shoosh je.





Hurmmm...










F cakap:

Dah tidur awal semalam, hari ni mengantuk je lagi.

No comments: