Sunday, December 12, 2010

Di Kuantan.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai di bandar Kuantan petang kelmarin. Hampir jam 6 petang gitu sampai kat terminal bas Kuantan bersama cik Wa. Perjalanan panjang dari jam 9.30 pagi tu, agak memenatkan, sebab dok asyik tidur je kejenya atas bas. Bukan apa, pening pulak lepas lama tak naik bas kononnya. Kitorang berhenti rehat dekat kawasan Rantau Abang kot. F dan Wa konon-konon malas nak makan tengah hari tu, cuma beli makanan ringan-ringan sudah. Takpe, makanan lebih sedap menanti di bandar Kuantan kot. kekeeke.





Di terminal, tinggalkan barang-barang besar gedabak dan berat sume tu [oh termasuklah teddy bear F yang namanya Oyen tu pun kena tinggal jugak] dekat kaunter tinggal barang yang berbayar. Dari terminal, bergeraklah kami berdua ke East Coast Mall dengan berjalan kaki sebab nak solat kat sana.





Lepas tu, terus gerak-gerak cari tempat makan, yang mana akhirnya kitorang berhenti kat The Chicken Rice Shop sebab tersyok kat Grilled Butter Chicken punya promo. Kekeke. Ambil set untuk 2 orang ditambah dengan Kerabu Mangga, maka kitorang makan dengan lahapnya tanpa sempat gambar diambil.





Solat Maghrib juga di ECM dan perjalanan membeli-belah pulak mengambil alih. Beli barang-barang sikit untuk keperluan hidup di Carrefour dan terus bergerak ke Rotiboy untuk bekalan makanan untuk paginya nanti. Terus pulang dengan teksi yang dikenakan RM15 dari ECM ke terminal [untuk ambil barang] dan gerak ke UIA Kampus Kuantan tercinta.






Sampai je kat surau, letak barang-barang kejap dan kena jalan kaki sambil kehujanan ke Kuliyyah of Pharmacy untuk ambil kunci bilik. Ditinggalkan kad matrik lama dan IC sekali sebagai jaminan. Dan mula naik ke bilik untuk angkut barang-barang segala.




Tiba kat bilik, terjumpa seseorang baru keluar dari bilik F, rupanya rumet baruku. Berkenal-kenalan dan sembang panjang pasal macam-macam. Barang-barang masih terabai dan bilik yang asalnya kemas itu diselerakkan sikit demi sedikit. Lepas tu terus mandi dan online kejap sebelum berlenggang-lenggok ke bilik Wa. Lepak kat sana, makan, online lagi, layan video pulak dan tidur. Pukul 10.30 pagi baru jadi itik pulang pagi ke bilik. Bilik masih sepah macam biasa. Buat bodoh sudah dan mari kita online lagi.




















Oh, untuk pengetahuan, jadual semester ni agak padat woh. Bayangkan, hari Jumaat pun ada kelas seawal pagi dan selewat petang. Tapi kan, syukur sangat dah sebab takde kelas hujung minggu. Boleh rilek-rilek sikit. Oh, jadual tu tak lengkap lagi sebab Bahasa Melayu for Science Students belum lagi ditambah. Nak kena setel esok kat department la kot, sebab kat website belum ada apa-apa lagi pun.














F cakap:

Rasa macam nak demam. 
Badan panas semacam.
Selesema pun dah teruk sangat dah ni.

2 comments:

Anonymous said...

jangan lupa makan ubat :D

fikah © said...

@Anonymous
thank you~~
currently trying hard not to depend on medication so much.