Saturday, December 25, 2010

Bersedia untuk jatuh.

Iyalah, kalau dah lari laju-laju sangat sampai tak pandang kiri kanan atas bawah, memang kena berhadapan dengan kecenderungan untuk jatuh.





Tapi tak pe lah kot, sebab sekarang ni dah tiba masa nak kena perlahankan larian. Jatuh masih kerap, tapi asalkan matlamat itu dapat dicapai, harapnya.



********







Entah apalah F merapu ni di pagi-pagi buta. Sebenarnya, nak cerita pasal trafik blog jatuh je. Kekeke. Tapi sekarang dah tak kisah naik ke turun ke. Sebab kemalasan dah melanda balik. Oh, dan mungkin kesibukan akan ikut serta.









Alhamdulillah, kelmarin, dah selesaikan yuran mahallah [hostel / asrama], set-up IIUM wi-fi connection dan juga terminate my Celcom broadband. Paling best masa nak terminate Celcom broadband tu. Bukan apa, sempat lagi promo kat F, kalau F tak jadi terminate, untuk bulan Januari dan Februari 2011 nanti, bayaran dikurangkan sehingga 50%. Maknanya, selalu biasa bayar bulan-bulan RM 48, jadinya, hanya kena bayar RM 24 je la. Kekeke. Oh, nyaris F tergugat kelmarin. Nasib la sebab dah dapat wi-fi balik. [p/s: Terima kasih kat akak kat ITD tu]









Hari ni, bangun seawal 5.30 pagi. Nak tahu kenapa, sebab tidur seawal 9.30 malam. Kekeke. 8 jam cukup. Bangun-bangun je, perut kelaparan dan kebuluran. Tapi apakan daya, minum air kosong je la. Makan pagi pun, dengan susu dan biskut je. Walaupun perut meminta-minta nasi lemak dan roti canai. (-_-);;








Okey, dah lari tajuk. Ini dah jadi kisah F dan hidup hariannya. Sekian.










F cakap :

Wa ada match pagi ni. Nak gi tengok, tapi dia tak bagi. 
Sebab dia kata malula kalau F tengok dia main macam apa entah. 
Kekeke.

No comments: