Saturday, December 4, 2010

Anda perlu tahu..

1. F dah buang widget Followers. Kekeke. Sesuka hati sesedap rasa je kan??



Macam ni, jangan salah faham. Buang widget tu, tak bermakna apa-apa, sebab takkan memberi kesan pada yang dah follow blog picisan F ni. Masih boleh diikuti macam biasa. Cuma, niat nak buang widget tu dah lama, tapi baru sekarang dapat buat.




Bukan apa, F kadang-kadang rasa teruja macam nak lompat sampai bumbung rumah bila followers bertambah, tapi bila ada yang unfollow, rasa macam nak menangis gila-gila. Ecececeh. Melebih-lebih pulak kan?? Tapi, sebenarnya, sejak kebelakangan ni, F dah semacam tak kisah dah. Kalau bertambah, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat-sangat; kalau berkurang tu, adatlah. Mungkin blog ni makin membosankan kan kan kan??




2.  Bosan.


Membosankan sebab tuan punya blog ni, dah bosan nak tulis blog. Bukan setakat bosan, ditambah lagi dengan kemalasan yang menjadi-jadi dan juga hilangnya minat untuk buat apa-apa. Oh, bukan setakat blog je diabaikan, Twitter dan Fesbuk pun sama. Semalam baru bertweet balik. Fesbuk pulak, dengan status yang sejak zaman bila entah.




3. Hilang minat.


Penyakit F ni makin menjadi-jadi lagi, apabila F dah tak terlalu obses dengan Joker mahu pun BEAST. Kalau dulu, tengok Joker rasa nak senyum 24 jam; tapi sekarang, hanya tengok gambar dia kat Twitter, save kat lappy dan perasaan tak terkocak langsung. Huhuhu. Kesian Joker F.





4. F seorang yang sombong dan sukar didekati.


Itu apa yang kebanyakan orang bagi tahu first impression dorang buat F. Dan F rasa, perkara yang sama terjadi bila orang datang jenguk blog ni. Mesti ada rasa F sombong gila sebab tak balas komen korang, tak jenguk blog korang balik mahu pun follow blog orang balik kan??



Bab tak balas komen dan tak lawat blog, F memang minta maaf sangat, sebab kemalasan melanda. Jangan bimbang, sebaik pulang ke Kuantan, mesti akan jadi rajin gila balik bab komen dan lawat blog. Kekeke. tapi bab follow balik blog, minta maaf la jugak, sebab F akan rasa bersalah yang amat kalau sekadar follow blog itu hanya sebab i follow u, u follow i.








F cakap:

Maaf.

8 comments:

sri said...

F...............................

mie said...

maaf ditrima..

miss faten said...

maaf diterima jugak
walaupun sebenarnya ini merupakan perkara norma manusia biasa :)

Ery Farieha said...

bila dah takde kotak followers, mmg x amek kisah sgt sape follow.

hahaha

fikah © said...

@sri
sriiiiii...

fikah © said...

@mie
terima kasih.
:)

fikah © said...

@miss faten
terima kasih jugak.
bila kemalasan melanda, memang itula yang jadi.

fikah © said...

@Ery Farieha
betul2.
jadi tak heran pun.